Saturday, 23 November 2013

Holidays :)

Assalamualaikum,
haii..

 heloo gengg. pe citer cuti cenggini? aku? aku bosan bagai nak rak tapi macam tu la kan, bosan bosan pun tapi busy mengalahkan pm. hewhewhew. btw, next year umur aku akan meningkat ke 17 tahun. wahh wehh gempak doe, dah tua dah aku. huhuhu. tapi tula, tua aku tak risau sangat, tapi SPM tu yang selalu buat jantung aku terumbang-umbing. hahahaha. berdebar-debar kut.

hmm, lame jari aku tak menari-nari atas keypad lappy ni haa. rindu pun ado. tula time skola dulu, aku duk tensen buat kerje kursus akaun tahuu. pening+tensen+benggang dengan diri sendiri pun ado. kau bayangkanlah, dalam mase seminggu tu aku uruskan banyak perkara tahu, satu buat kerje kursus akaun, satu busy sebab uruskan perkahwinan sepupu aku. hmmm. takpelah yang penting mereka telah selamat di ijab kabulkan. huhuhu.

bila fikir-fikir balik, tak salah kalau aku korbankan masa aku sekarang menghadap buku demi masa depan aku kan. masa depan aku bergantung pada aku. kalau aku malas, yes, mungkin masa depan aku gelap. OHHHHHHH NOOOO ! gile weh, aku nak berjaya, yep, berjaye..

taktahu daaa nak update apooo, duk pening memikirkan masa depan. hahahahahahhahaha. actually aku bored sebenarnye. hmm, oklah kawan, sampai sini sajalah perbualan kito yoooo :)

p/s : bored and takde ayat nak diaturkan lagi. hewhewhew. daaaa, selamat bercuti guys !


Saturday, 28 September 2013

Menghitung Masa.

Assalamualaikum,
hai.

hari ni, izzat nasrie and the geng sudah berpakat untuk datang kat rumah aku untuk buat kerje kursus prinsip akaun. and, sampai sekarang batang hidung dia n the geng masih tidak kelihatan lagi. ayooooo.... dah lama aku tunggu. sekarang pukul 3. menghitung masa jugak aku niiiiii......hm, so, sambil menunggu dia, baik aku bukak belog aku. lihat kut-kut ade cerite yang terbaru. hm.

btw, lately ni, aku memang tak cukup tangan nak buat kerje lain. *ek eleh, menyampah pulok aku dengar, online buleh pulak. hahahahahaha (mata ke atas, tangan ke bahu, sila menyampah dengan ayat tersebut) hahahaha.
ok guys, sambung balik, well, sekarang kelas aku kene buat kerje kursus, prinsip akaun pulak tu. omg omg. tertekan gile weh. aku mengaku yang aku memang kureng bab kira mengira. aku suka mengarang, dan aku akan sentiase minat akan mengarang ayat or anything yang bermain dengan ayat but not dengan number. wehhh ! kalau math, boleh tahan lagi ok. aku suka math walaupun math ade number. hiks.

... but akaun, i dont know. sedih sangat, kekadang kan, penah nak pie kat abah then cakap
 ' abah, pikah nak pindah sekolah, tukar aliran, maybe nak amek ekonomi sebab pikah tak suka akaun !' ... kalau boleh, memang aku nak cakap macam itu, tapi ..... aku sekarang dah belajar akaun separuh abab dah weh, takkanlah nak tukar? omg.

tapi tula, tiap kali nak tukar subjek, aku mesti termenung buat seketika. aku sebenarnye bukan tak boleh go on terus dengan akaun, aku boleh dan aku suka akaun, tapi tulah, mungkin aku ni jenis malas nak buat latihan kut, that why aku jadi blurr tu setiap kali ade mase akaun. ( mengaku diri sendiri, tak apa kan? hahaha )

tertekan sangat, sangat-sangat. kenapa dengan aku ni? nak spm tahun depan dah. tapi kenapa aku tak boleh nak gempakkan result aku lagi erk? exam setara ogos pun, aku boleh satu A je. maigad, sedih wehhh. tapi tak apa, bersyukur sebab kali ni semua subjek aku lulus. ohyeah ! hahahahahaha, cayalah.

aku harap aku akan mencintai akaun dengan mendalam lagi, dan aku harap jugak, cinta aku dekat akaun akan terbalas. aku taknak lah bercinta sorang-sorang. apa orang kata, cinta tepuk sebelah tangan ke apa? ntahlah. hiks, aku harap akaun akan jatuh cinta dekat aku. amin amin amin. hehehe.

oklah, doakan kejayaan aku yea? wassalam

p/s: kene-mengene tak dengan tajuk menghitung masa? aku rase jauh berbeza je. hahahaha.


Thursday, 26 September 2013

...

Assalamualaikum,
hai

selamat pagi dan mulakan hari anda dengan senyuman ok. hari ni hari jumaat and ofcoz, hari jumaat dan hari sabtu adalah hari off day aku. huhu. well, aku akan stay kat rumah, tak buat apa-apa, surf internet, wow, best ok. ape yang pasti, dapat rehatkan minda dengan pelbagai jenis masalah.

aku mendengar lagu sambil tanganku menari-nari atas keypad lappy. hurm, lagu ape? lagu dekat utube ni ha, yang bertajuk wrecking ball. i dont know why aku suka sangat dekat lagu tu. ade maksud yang menyentuh hati aku. hm. i dont know. tapi tiap kali aku dengar lagu tu, aku dapat rasakan apa yang miley rasa. hahahahahaha. kolot je dengar ayat aku ni. ish ish ish

entry ni sebenarnya takde tajuk. aku taktahu nak letak tajuk apa because aku rase entry aku ni, takde pape pun, yang ade bnde yang aku lalui semenjak dua menjak ni. tahun depan aku dah nak spm. aku tak la aku dapat layan internet macam ni ke tak.... tak akan hidup aku sehari-hari perlu mengadap internet?

tak.. aku perlu ubah hidup aku..

aku cintakan kerjaya. dan aku nak berjaya, kalau bukan aku sendiri yang ubah diri aku, aku nak harapkan dekat siapa lagi kan?

kekadang tulah, hidup ni banyak rintangan. kalau kita tak sedia nak tempuhi rintangan tersebut, macam mane kita nak berdepan dengan semua ni? tuhan bagi kita akal, kita kene fikir sendiri. hm.

tolong doakan aku, aku harap aku berjaya suatu hari nanti. dan, tolong doakan aku untuk spm tahun depan. inshaallah, aku akan berjaya, akan ! must !

wassalam.

p/s : taktahu entry nak berkisarkan apa, walaubagaimanapun, korang baca jela erks, hahaha. tq !

Friday, 13 September 2013

Rumah Sejahtera Taman Bahagia :)

Assalamualaikum..

selamat petang, dan salam sajahtera. hahaha. mcm dah nak tulis karangan kiriman tak rasmi je pulak aku rase. ok, tajuk entry aku hari ni Rumah Sejahtera Taman Bahagia. well, sebenarnya dah lama aku nak share share story ni dekat korang tapi memandangkan time tu aku dah nak exam, so, kene tahan lah walaupun batinku terseksa ! hahahaha.

ok, back to our story, actually dekat sane(RSTB) sebenarnya ada buat majlis hari raya. aku dengan excited gile gile nak pergi sebab yelakan, selama ni, aku mane penah jejak kaki lagi dekat sane and, selame ni sekolah aku tak penah lagi buat majlis hari raya di luar kawasan sekolah. so, dengan perasaan yang gempak gempak gile, aku nak pergi. korang tahu rumah sejahtera ni siape yang ado? korang tahu? .... erkk...
siape yang taktahu lah kan, rumah sejahtera ni adalah rumah kebajikan untuk orang yang dah berumur. i mean, orang yang tua-tua.
and yes ofcoz, time aku sampai dekat sane, perasaan aku taktahu dah nak coretkan ape. cube korang bayangkan, time kite tengah bergembira, bergurau senda dengan nenek kita, rupe-rupenya ade lagi seorang insan yang bergelar nenek nenek masih berduka cita di sini. hurm.

aku penah terbayang, time tu, aku duk tepi seorang atok ni. usianya mungkin dah lanjut dan sewaktu itu jugak, ada penyelia dekat sane bagi keterangan tentang rumah sejahtera ni. aku dapat denagr sikit sikit je sebab aku tengah terbayang macam mane dengan kehidupan diorang ey, macam mane dengan hari raya? ade ke tidak anak anak or saudara mara yang datang, yang melawat ke, hurm. lepas aku berangan, aku toleh dekat atok tu, atuk tu tersenyum senyum dekat aku. aku pun balas la balik. peramah atuk ni.

lepas aku dengar keterangan daripada penyelia dekat sni, cikgu suruh kami agihkan makanan makanan ni dekat warga warga orang tua disini. time tu aku excited gile, aku cepat cepat capai tangan kawan aku then kata, 'cepat anis(kwn aku) cepat, aku nak bagi makanan ni ha. cepat.' hahahaha, punyalah excited sampai aku tarik tangan dia tahuu. lepas itu aku bagi la makanan yang aku ambil tadi tu, sepinggan nasi minyak and sepinggan kuih muih dekat seorang warga disini. and guess what, mak cik ni adalah warga yang paling mude dekat sni because umur dia around 40 lebih kalau tak silap. aku dapat tahu pun sebab penyelia dekat sini yang bagitahu. terkejut gile weh, mude lagi tuuuu !! macam mane mak cik tu stay dekat sini? hurm.

lepas agihkan makanan dekat warga warga disini, cikgu bagi kebenaran untuk melawat-lawat kawasan disini. aku and kawan kawan aku pergi melawat bangunan yang hujung sekali sebab bangunan yg hujung ni menempat warga-warga yang dah uzur, yang dah tak boleh bangun dah. so, kami pun pergi melawat dekat sane. time aku dengan kawan kawan aku pergi sane, gile, memang parah, sedih gile dekat sane weh, rupe-rupenye tempat kat snie lagi teruk. sedih tengok nenek nenek, atuk atuk dekat sni. baring je. sedikit sebanyak, hati aku sedih jugak. terbayang bayang cara layanan aku dengan ma and abah. mane tahu, dalam senyap-senyap kut kut ma and abah terase hati ke dengan sikap/tingkah-laku aku ke kan. yela, aku ni jenis keras kepala.  ishhh....... teruk teruk.

Ya Allah, moga-moga aku sentiase menjadi seorang anak yang kenang budi. takutnya dengan mase depan. hurm hurm hurm.

moment yang paling buat aku terharu dekat sane sewaktu aku menyuap makanan dekat seorang warga emas disini. nama nenek tersebut ialah nek zabedah. aku and the geng panggil tok zabedah. tok zabedah peramah, aku suap, tok makan, aku tanya, tok angguk. hehehe. aku tak pasti samaada tok zabedah dengar ke tak dengan suara aku ni.

actually banyak lagi story yg nak aku share dekat korang kalau diikutkan hati aku ni. tapi, ade part yang aku dah lupe, so, aku share apa yang aku ingat jela ye? btw, thanks sebab baca entry kali ni. tqsm. wassalam.

p/s : ni ade sedkit gambar yang aku sempat ambil semase di sane. nenek tu name semek. so, kiteorang panggil dia tok mek. name timangan mungkin. hiks.








me and the geng.

Thursday, 29 August 2013

kawan, kawan baik, dan musuh ?

Assalamualaikum..

rindunya aku dekat belog. dah lama tak bukak, tak kemaskini, taktahu lah kenape kan? tajuk kali ni kawan, kawan baik dan musuh? okler cungs, cenggini ceritenya pada awal permulaan babnya. hehehe. acecece, bab? cerite aku ni kalau nak tahu, banyak bab tahu dak? hahaha, kalah kamus dewan dwibahasa tahuu. hiks~. ok, back to our story, actually aku percaya semua orang ada kawan, kawan baik, kawan akrab, dan pelbagai jenis kawan lah kan. hurm.

aku ingat lagi, masa aku first masuk sekolah rendah, budak yang buat baik dengan aku, aku akan anggap dia kawan baik aku, then bila dua tige hari berkawan, dia pun tak layan dah aku, aku pun tak layan dia jugak sebab dah ade kawan baru kan. hahahha. jahat aku ni. tapi tulah, kenangan masa kecik, bagi aku, semua orang kawan baik aku. yelakan, dulu kecik, mane tahu apa-apa. ayooo.

then, bila meningkat ke dewase, aku tahu lah sikit ape itu maksud kawan. yeah, pada mula itu, aku tak kisah dah ade kawan baik ke takde ke, ape yang penting, aku akan anggap semua kawan aku, tapi......... bila sampai satu tahap, dia sakitkan hati aku, aku akan sedaya upaya akan lenyapkan dia daripada ingatan aku. bukan maksud aku, aku tak akan tegur dia dah, bukan, cuma aku akan kurang layan dia, sebab aku tahu, sekali dia tak hargai kita, sampai bila-bila pun tak akan hargai punye. aku taktahu lah kawan-kawan korang macam mane.....

nak dijadikan cerite pula, musuh yang bertahun-tahun akhirnya menjadi kawan baik kita pula.. macam mane tu? penah terfikir tak macam mane jadi macam tu? ada orang cakap, kawan yang kita sanjung-sanjungkan rupa-rupakan musuh kita yang sebenar, dan kawan yang kita duk bermusuh-musuhan, merupakan kawan yang terbaik kita sebenar. ohyeah... aku rasa benar kut kenyataan ini.. mungkinn,,,,

tapi alhamdullilah, aku sampai sekarang takde lagi masalah kawan ni. kalau gaduh sikit-sikit biaselah kan? lumrah persahabatan. aku tak suka dengan pergaduhan. aku tak suka orang berdendam dengan aku. aku tak suka jugak orang bermasam muka sebab aku kalau boleh, aku akan sedaya upaya akan mengalah, biarlah aku yang pendam derita di hati daripada duk mengadap muka yang masam 24 jam. aku tak sanggup....

ada sms yang paling buat aku terharu.. sampai sekarang aku masih lagi simpan sms yang dikirim daripada kawan terbaik aku, iaitu fatin nur aqillah untuk aku. dalam sms dia, dia cakap macam ini :

     'tha, sy lebih rele kekal di sekolah saya ni daripada berpindah ke sekolah awak tha. bila kita satu sekolah, selalu berjumpa, nak-nak, kita bukan sekelas, saya takut perkara yang buruk akan berlaku. saye lebih rela tersekse stay di sekolah sy ni daripada bergaduh dengan awk tha'

ini ayat yang paling buat aku terharu. kekadang bila aku lemah, bila aku perlukan seseorang, aku akan cari dia. dia lah sahabat aku paling terbaik. aku bersyukur sebab dapat kawan mcm dia. aku harap Allah kekalkan persahabatan aku dengan atin sampai ke hujung nyawe kami berdua.

nama dia fatin nur aqillah, dan nama aku fatin nur thafieqah. kekadang bila aku pergi jejalan dengan dia, ada jugak orang ingat kami berdua adik beradik. hehehe. peliks kan? tapi itu ketentuan Allah. aku tak sangka aku dapat kawan baik yang punya nama sama dengan aku. betul betul tak percaya. sejak sekolah rendah lagi aku berkwan dengan dia. harap-harap persahabatan kami sampai ke hujung nyawe kami berdua. amin amin amin. tolong doakan ye?

 oklah, daaa, wassalam.

p/s: aku rase entry ni bosan lain macam je kan? nak padam sayang, so aku publish je lah ye? hehehehe, tq siape yang baca :)

Wednesday, 7 August 2013

happy eid mubarak semua :')

Assalamualaikum..
hai.

esok dah nak raya.. eh wait.. bukan esok, tapi hari nie sebab ade berapa minit je lagi nak masuk pukul 12 malam. so, pakat-pakat kemas rumah lah nie? ke dah siap semuanya? wow, superb ahh. hiks.
alhamdullilah, rumah saya pun selesai mengemas, mengubah apa yang patut. abah dari semalam lagi duk sibuk mencari bunga-bunga yang keras tu, ala, yg dh diawetkan tu. katenya nak mengubah bunga dengan air tangan sendiri. i dont know lah. kekadang, peliks jugak dengan abah, abah sukakan bunga, hiasan rumah, kalau bab-bab hias-menghiasi ni, memang dia lah pakar dan , berbeza pulak dengan ma, ma lebih expert pasal belanja dapur. urusan perbelanjaan rumah, memang pakar ma lah.

......ok, stop ckp pasal ma nge abah.......... hiks...........

actually, saya sayang nak meninggalkan bulan ramadan nie. niat dihati nak penuhkan puasa, penuhkan solat terawih. tapi semua itu tak kesampaian. alahai apalah nasib .... selepas nie, takde dah bazaar.. ( aku nie, ingatkan bazaar je, isk, teruk benor perangai ) bukan ape, tapiiii......... sedih k sedih. takpelah, inshaallah, tahun depan ada lagi untuk kita semua untuk melihat bulan ramadan yang mulia nie.. kalau nak cerita pasal bulan ramadan ni, memang banyak sangat moment-moment yang manis-manis semua. nak-nak kalau sedare-sedare pakat balik beraya di kampung. memang meriah lagi lah suasana kan, kan, kan...

2 3 lepas, mak sedare saya ada pulang dari kampung. yang anaknya si eyka hudson a.k.a akak. hah, akak nie sepupu saya yang paling paling rapat dengan saya. maybe umur kami kurang setahun je kan, jadi keserasian itu ada bersama. hahahaha. keserasian? amboi ayat. bukan main lagi.

sejak dia balik kg, malam semalam dan punya semalam lagi, kiranya 2 malam dah dia tidur umah saya. kalau dia ada, memang tak cukup masa lah nak melayannya. walau bagaimanapun, dia memang penghibur saya paling meletop ah. hehehe. kalau bab menjadi teman layan cerita korea, memang dia pakar. orang lain duk sibuk kemas umah, saya dengan dia, dengan kakak fatin nur shahira tu, sibuk duk layan cerita korea. cerita BOF tuu. sebenarnya, cerita tu memang dah melekat sangat dalam kepala nie haaa.. sebab ape? sebab cerita tu around berapa kali ntah, duk ulang ulang ulang. sampai sekrang saya tak jemu-jemu lagi tawww. hahahahahaha

last but not least, selamat hari raya saya ucapkan pada semua kekawan, cikgu-cikgu, sedare-sedare yang tak buleh nak balik. saya mitak maaf kalau ada salah dan silap. setiap manusia tidak dilahir dengan sempurnanya. kekadang saya degil, lawan cakap, mengumpat hehehe ( kalau sakit hati sangat, memang automatik akan tergumpat, so, jgn marah ye ) ..
dan bermacam-macam lagi lah perkara yang tak baik yang berlaku kerana saya, saya mitak maaf ye. bukan niat atau sengaja, mungkin saya niat untuk bergurau, tapi telah disalah anggapkan. kekadang, otak saya ni tak betul jugak, kalau ade niat tak elok datang, memang teruk ah. tapi nak buat macam mane kan, sifat semula jadi kut.... erk.. ade ke?? tak kisah la, yang penting, saya dengan rendah diri memohon sejuta kemaafan daripada anda. saya tak sempurna dan bukan senang nak jaga hati manusia............. mood : sedih jap...................

hati manusia cepat terluka...... tapi, siapakah kita untuk merawat hati kita lama-lama? kalau kita merajuk sekali pun, belum tentu ada orang datang nak pujuk kan? nanti jadi gila pulak. isk isk isk, nonomnomnom... ok, lap air mata korang. malam raya ni kut, jangan nak cenggeng lah ye !

so, sekali lagi, ampun maaf daripada saya. semoga lebaran kali ini lebih bermakna untuk kita semua. salam lebaran semua !! siapa yang kenal rumah saya, jemputlah datang... jangan nak malu-malu k... sekian terima kasih, wassalam




                                             

Saturday, 3 August 2013

Iftar with my classmate 6Aspiration and 6Brilliant 2009^^

Assalamualaikum..
hai.


malam nie agak lewat saya menulis dalam belog. bialah, rasenya dah tak sabar nak update entry yang nie. hahahaha. mesti korang dah bosan kan baca daripada belog ni kan? yela, semalam dah updated, hari ni pun updated jugakkk ?? bukan apa awak-awk, hari nie special sikit. entry ni gempak sikit daripada entry yang lepas-lepas. hehehe. jangan bosan-bosan ye ? harap-harap entry nie tak membosankanlah. susah jugak nak buat orang ketawe ni......

okok, hari ini kawan-kawan sekolah rendah saya adakan reniuon bersama dannnn oleh kerana sekarang bulan ramadan, so kami decided untuk berbuka bersama-sama. ohyeahhh ! memang gempak sangat sebab setelah sekian lamanya kitaorang tak berjumpa, dan petang tadi, alhamdullilah dengan izin Allah SWT, kami, bekas sekolah kebangsaan gelugor pun berjumpa lah tadi. memang cungs !

      flashback ..,,,,,,

pukul 6.50 petang and masa tu saya pergi ke restoran abang amir dengan motor. ok, actuallly, kitaorang berbuka di seafood telanai, restoran itu kepunyaan abang amir. so, alang-alang ade adik dia sekali, mesti murah kan makanan tadi? hahaha, ntahlah, saya tak sempat nak tanya berapa semua sekali sebab terlalu sibuk bercakap dengan kaum hawa. lama sangat dahhh tak berjumpa and kalau sekali jumpa tu, memang bercakap tak ingat dunia lah !

mase tu, saya pergi bukan keseorangan, saya pergi dengan kawan saya yang bernama nur shafika solah . mase sampai dekat sana, saya dengan akak ( akak itu panggilan untuk shafika soleh sebab sudah daripada saya darjah 1 saya panggil dia dengan panggilan akak ) rase cuak gile tahap gaban sebab ingat kawan-kawan tak sampai lagi. ingatkan kitaorang je yang baru sampai, padahal selepas saya park motor saya then pusing belakang .......... OMG !!! ramainya kawan-kawan perempuan bekas skg ( Sekolah Kebangsaan Gelugor ) ... kawan-kawan lelaki je tak kelihatan lagi....
saya pandang muka akak, akak pandang muka saya dannnnnn... tengok dari tapak kaki hingga ke kepala masing-masing.
orang lain pakat pakai baju kurung ke apa nie??? erkkkk, tengok diri saya, lepastu tengok diri akak pulak.. ohmaigod, saya pakai baju kemeja warna hitam dannn seluar JEANs !!!!! hurghh !! nasib akak sama jugak seperti saya.. then .. akak tarik tangan saya supaya jangan join dekat kawan-kawan yang lain lagiii.. saya buat muka pelik tapi saya tahuu sebab apa dia tarik tangan sayaaa....

...........masing-masing duk berbisik :

me : bakpe kak, bakpe mu tarik tangan aku ?

akak : weh, orang lain pakat pakai baju kurung, kitaaa????

me: takpe takpe. kita tengok ila pakai baju apa. ( ila itu ialah amirah aqilah . dia yang bersemangat waja untuk buat renioun kali ni ha, dan alhamdullilah, semua berjalan dengan lancar. )

akak : ok, jomm..

bila sampai je dekat ila, saya terus pergi terjah ila. pada mula itu ingat ila tak pakai baju kurung tapi pakai baju biasa. tapi sangkaan saya meleset sama sekali... ila pakai baju kurung ???!!!!!! ok, sekali lagi akak tarik tangan saya. tapi bila dah nak dekat dengan ila, ila pun panggil kitaorang. dan saya cakap dekat ila " weh, aku malu lah, semua orang pakat pakai baju kurung.. aku pakai seluar jean nie" and ila say " takpelah, orang lain ade jugak panggil seluar jeans kan. uat biase sudaaa " lepas ila cakap macam itu, ok, saya pun buat-buat muka blurrrrrrrrrrr-,-

dannn jam telah menunjukkan pukul 7. kami pun masuk lah bersama-sama ke dalam restoran tersebut. duk sibuk-sibuk bersembang. akhirnya waktu berbuka telahpun tiba. saya masa tu dok perasann langsung ok, sibuk sangat bercakap dengan ainul, atirah, akak, ila, syakirah.. hehehehehe...

kami pun makan lah. semua orang makan dengan berselera sekali taw. makan dengan kawan-kawan best. hehehehe. lepas makan, ila ajak kitaorang amek gambar. bukan apakan, buat kenangan ajaaaa. kenangan bersama kawan-kawan paling menyeronokkan ok !

ok, nie ada sedikit gambar yang sempat saya bluetooth dengan akak tadi.. hehehehehe...




kami 


dari kiri, shafikah, leya, zatul, syakirah, me, akak, najihah, rabiatul





me, ila, shafika soleh.




kaum adamm....


kaum hawa..



oklah, itu sahaja, wassalam :)




2017

hello my followers! long time not see, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan di lindungi oleh Allah SWT. Amin :)