Thursday, 29 August 2013

kawan, kawan baik, dan musuh ?

Assalamualaikum..

rindunya aku dekat belog. dah lama tak bukak, tak kemaskini, taktahu lah kenape kan? tajuk kali ni kawan, kawan baik dan musuh? okler cungs, cenggini ceritenya pada awal permulaan babnya. hehehe. acecece, bab? cerite aku ni kalau nak tahu, banyak bab tahu dak? hahaha, kalah kamus dewan dwibahasa tahuu. hiks~. ok, back to our story, actually aku percaya semua orang ada kawan, kawan baik, kawan akrab, dan pelbagai jenis kawan lah kan. hurm.

aku ingat lagi, masa aku first masuk sekolah rendah, budak yang buat baik dengan aku, aku akan anggap dia kawan baik aku, then bila dua tige hari berkawan, dia pun tak layan dah aku, aku pun tak layan dia jugak sebab dah ade kawan baru kan. hahahha. jahat aku ni. tapi tulah, kenangan masa kecik, bagi aku, semua orang kawan baik aku. yelakan, dulu kecik, mane tahu apa-apa. ayooo.

then, bila meningkat ke dewase, aku tahu lah sikit ape itu maksud kawan. yeah, pada mula itu, aku tak kisah dah ade kawan baik ke takde ke, ape yang penting, aku akan anggap semua kawan aku, tapi......... bila sampai satu tahap, dia sakitkan hati aku, aku akan sedaya upaya akan lenyapkan dia daripada ingatan aku. bukan maksud aku, aku tak akan tegur dia dah, bukan, cuma aku akan kurang layan dia, sebab aku tahu, sekali dia tak hargai kita, sampai bila-bila pun tak akan hargai punye. aku taktahu lah kawan-kawan korang macam mane.....

nak dijadikan cerite pula, musuh yang bertahun-tahun akhirnya menjadi kawan baik kita pula.. macam mane tu? penah terfikir tak macam mane jadi macam tu? ada orang cakap, kawan yang kita sanjung-sanjungkan rupa-rupakan musuh kita yang sebenar, dan kawan yang kita duk bermusuh-musuhan, merupakan kawan yang terbaik kita sebenar. ohyeah... aku rasa benar kut kenyataan ini.. mungkinn,,,,

tapi alhamdullilah, aku sampai sekarang takde lagi masalah kawan ni. kalau gaduh sikit-sikit biaselah kan? lumrah persahabatan. aku tak suka dengan pergaduhan. aku tak suka orang berdendam dengan aku. aku tak suka jugak orang bermasam muka sebab aku kalau boleh, aku akan sedaya upaya akan mengalah, biarlah aku yang pendam derita di hati daripada duk mengadap muka yang masam 24 jam. aku tak sanggup....

ada sms yang paling buat aku terharu.. sampai sekarang aku masih lagi simpan sms yang dikirim daripada kawan terbaik aku, iaitu fatin nur aqillah untuk aku. dalam sms dia, dia cakap macam ini :

     'tha, sy lebih rele kekal di sekolah saya ni daripada berpindah ke sekolah awak tha. bila kita satu sekolah, selalu berjumpa, nak-nak, kita bukan sekelas, saya takut perkara yang buruk akan berlaku. saye lebih rela tersekse stay di sekolah sy ni daripada bergaduh dengan awk tha'

ini ayat yang paling buat aku terharu. kekadang bila aku lemah, bila aku perlukan seseorang, aku akan cari dia. dia lah sahabat aku paling terbaik. aku bersyukur sebab dapat kawan mcm dia. aku harap Allah kekalkan persahabatan aku dengan atin sampai ke hujung nyawe kami berdua.

nama dia fatin nur aqillah, dan nama aku fatin nur thafieqah. kekadang bila aku pergi jejalan dengan dia, ada jugak orang ingat kami berdua adik beradik. hehehe. peliks kan? tapi itu ketentuan Allah. aku tak sangka aku dapat kawan baik yang punya nama sama dengan aku. betul betul tak percaya. sejak sekolah rendah lagi aku berkwan dengan dia. harap-harap persahabatan kami sampai ke hujung nyawe kami berdua. amin amin amin. tolong doakan ye?

 oklah, daaa, wassalam.

p/s: aku rase entry ni bosan lain macam je kan? nak padam sayang, so aku publish je lah ye? hehehehe, tq siape yang baca :)

No comments:

2017

hello my followers! long time not see, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan di lindungi oleh Allah SWT. Amin :)