Saturday 28 September 2013

Menghitung Masa.

Assalamualaikum,
hai.

hari ni, izzat nasrie and the geng sudah berpakat untuk datang kat rumah aku untuk buat kerje kursus prinsip akaun. and, sampai sekarang batang hidung dia n the geng masih tidak kelihatan lagi. ayooooo.... dah lama aku tunggu. sekarang pukul 3. menghitung masa jugak aku niiiiii......hm, so, sambil menunggu dia, baik aku bukak belog aku. lihat kut-kut ade cerite yang terbaru. hm.

btw, lately ni, aku memang tak cukup tangan nak buat kerje lain. *ek eleh, menyampah pulok aku dengar, online buleh pulak. hahahahahaha (mata ke atas, tangan ke bahu, sila menyampah dengan ayat tersebut) hahahaha.
ok guys, sambung balik, well, sekarang kelas aku kene buat kerje kursus, prinsip akaun pulak tu. omg omg. tertekan gile weh. aku mengaku yang aku memang kureng bab kira mengira. aku suka mengarang, dan aku akan sentiase minat akan mengarang ayat or anything yang bermain dengan ayat but not dengan number. wehhh ! kalau math, boleh tahan lagi ok. aku suka math walaupun math ade number. hiks.

... but akaun, i dont know. sedih sangat, kekadang kan, penah nak pie kat abah then cakap
 ' abah, pikah nak pindah sekolah, tukar aliran, maybe nak amek ekonomi sebab pikah tak suka akaun !' ... kalau boleh, memang aku nak cakap macam itu, tapi ..... aku sekarang dah belajar akaun separuh abab dah weh, takkanlah nak tukar? omg.

tapi tula, tiap kali nak tukar subjek, aku mesti termenung buat seketika. aku sebenarnye bukan tak boleh go on terus dengan akaun, aku boleh dan aku suka akaun, tapi tulah, mungkin aku ni jenis malas nak buat latihan kut, that why aku jadi blurr tu setiap kali ade mase akaun. ( mengaku diri sendiri, tak apa kan? hahaha )

tertekan sangat, sangat-sangat. kenapa dengan aku ni? nak spm tahun depan dah. tapi kenapa aku tak boleh nak gempakkan result aku lagi erk? exam setara ogos pun, aku boleh satu A je. maigad, sedih wehhh. tapi tak apa, bersyukur sebab kali ni semua subjek aku lulus. ohyeah ! hahahahahaha, cayalah.

aku harap aku akan mencintai akaun dengan mendalam lagi, dan aku harap jugak, cinta aku dekat akaun akan terbalas. aku taknak lah bercinta sorang-sorang. apa orang kata, cinta tepuk sebelah tangan ke apa? ntahlah. hiks, aku harap akaun akan jatuh cinta dekat aku. amin amin amin. hehehe.

oklah, doakan kejayaan aku yea? wassalam

p/s: kene-mengene tak dengan tajuk menghitung masa? aku rase jauh berbeza je. hahahaha.


Thursday 26 September 2013

...

Assalamualaikum,
hai

selamat pagi dan mulakan hari anda dengan senyuman ok. hari ni hari jumaat and ofcoz, hari jumaat dan hari sabtu adalah hari off day aku. huhu. well, aku akan stay kat rumah, tak buat apa-apa, surf internet, wow, best ok. ape yang pasti, dapat rehatkan minda dengan pelbagai jenis masalah.

aku mendengar lagu sambil tanganku menari-nari atas keypad lappy. hurm, lagu ape? lagu dekat utube ni ha, yang bertajuk wrecking ball. i dont know why aku suka sangat dekat lagu tu. ade maksud yang menyentuh hati aku. hm. i dont know. tapi tiap kali aku dengar lagu tu, aku dapat rasakan apa yang miley rasa. hahahahahaha. kolot je dengar ayat aku ni. ish ish ish

entry ni sebenarnya takde tajuk. aku taktahu nak letak tajuk apa because aku rase entry aku ni, takde pape pun, yang ade bnde yang aku lalui semenjak dua menjak ni. tahun depan aku dah nak spm. aku tak la aku dapat layan internet macam ni ke tak.... tak akan hidup aku sehari-hari perlu mengadap internet?

tak.. aku perlu ubah hidup aku..

aku cintakan kerjaya. dan aku nak berjaya, kalau bukan aku sendiri yang ubah diri aku, aku nak harapkan dekat siapa lagi kan?

kekadang tulah, hidup ni banyak rintangan. kalau kita tak sedia nak tempuhi rintangan tersebut, macam mane kita nak berdepan dengan semua ni? tuhan bagi kita akal, kita kene fikir sendiri. hm.

tolong doakan aku, aku harap aku berjaya suatu hari nanti. dan, tolong doakan aku untuk spm tahun depan. inshaallah, aku akan berjaya, akan ! must !

wassalam.

p/s : taktahu entry nak berkisarkan apa, walaubagaimanapun, korang baca jela erks, hahaha. tq !

Friday 13 September 2013

Rumah Sejahtera Taman Bahagia :)

Assalamualaikum..

selamat petang, dan salam sajahtera. hahaha. mcm dah nak tulis karangan kiriman tak rasmi je pulak aku rase. ok, tajuk entry aku hari ni Rumah Sejahtera Taman Bahagia. well, sebenarnya dah lama aku nak share share story ni dekat korang tapi memandangkan time tu aku dah nak exam, so, kene tahan lah walaupun batinku terseksa ! hahahaha.

ok, back to our story, actually dekat sane(RSTB) sebenarnya ada buat majlis hari raya. aku dengan excited gile gile nak pergi sebab yelakan, selama ni, aku mane penah jejak kaki lagi dekat sane and, selame ni sekolah aku tak penah lagi buat majlis hari raya di luar kawasan sekolah. so, dengan perasaan yang gempak gempak gile, aku nak pergi. korang tahu rumah sejahtera ni siape yang ado? korang tahu? .... erkk...
siape yang taktahu lah kan, rumah sejahtera ni adalah rumah kebajikan untuk orang yang dah berumur. i mean, orang yang tua-tua.
and yes ofcoz, time aku sampai dekat sane, perasaan aku taktahu dah nak coretkan ape. cube korang bayangkan, time kite tengah bergembira, bergurau senda dengan nenek kita, rupe-rupenya ade lagi seorang insan yang bergelar nenek nenek masih berduka cita di sini. hurm.

aku penah terbayang, time tu, aku duk tepi seorang atok ni. usianya mungkin dah lanjut dan sewaktu itu jugak, ada penyelia dekat sane bagi keterangan tentang rumah sejahtera ni. aku dapat denagr sikit sikit je sebab aku tengah terbayang macam mane dengan kehidupan diorang ey, macam mane dengan hari raya? ade ke tidak anak anak or saudara mara yang datang, yang melawat ke, hurm. lepas aku berangan, aku toleh dekat atok tu, atuk tu tersenyum senyum dekat aku. aku pun balas la balik. peramah atuk ni.

lepas aku dengar keterangan daripada penyelia dekat sni, cikgu suruh kami agihkan makanan makanan ni dekat warga warga orang tua disini. time tu aku excited gile, aku cepat cepat capai tangan kawan aku then kata, 'cepat anis(kwn aku) cepat, aku nak bagi makanan ni ha. cepat.' hahahaha, punyalah excited sampai aku tarik tangan dia tahuu. lepas itu aku bagi la makanan yang aku ambil tadi tu, sepinggan nasi minyak and sepinggan kuih muih dekat seorang warga disini. and guess what, mak cik ni adalah warga yang paling mude dekat sni because umur dia around 40 lebih kalau tak silap. aku dapat tahu pun sebab penyelia dekat sini yang bagitahu. terkejut gile weh, mude lagi tuuuu !! macam mane mak cik tu stay dekat sini? hurm.

lepas agihkan makanan dekat warga warga disini, cikgu bagi kebenaran untuk melawat-lawat kawasan disini. aku and kawan kawan aku pergi melawat bangunan yang hujung sekali sebab bangunan yg hujung ni menempat warga-warga yang dah uzur, yang dah tak boleh bangun dah. so, kami pun pergi melawat dekat sane. time aku dengan kawan kawan aku pergi sane, gile, memang parah, sedih gile dekat sane weh, rupe-rupenye tempat kat snie lagi teruk. sedih tengok nenek nenek, atuk atuk dekat sni. baring je. sedikit sebanyak, hati aku sedih jugak. terbayang bayang cara layanan aku dengan ma and abah. mane tahu, dalam senyap-senyap kut kut ma and abah terase hati ke dengan sikap/tingkah-laku aku ke kan. yela, aku ni jenis keras kepala.  ishhh....... teruk teruk.

Ya Allah, moga-moga aku sentiase menjadi seorang anak yang kenang budi. takutnya dengan mase depan. hurm hurm hurm.

moment yang paling buat aku terharu dekat sane sewaktu aku menyuap makanan dekat seorang warga emas disini. nama nenek tersebut ialah nek zabedah. aku and the geng panggil tok zabedah. tok zabedah peramah, aku suap, tok makan, aku tanya, tok angguk. hehehe. aku tak pasti samaada tok zabedah dengar ke tak dengan suara aku ni.

actually banyak lagi story yg nak aku share dekat korang kalau diikutkan hati aku ni. tapi, ade part yang aku dah lupe, so, aku share apa yang aku ingat jela ye? btw, thanks sebab baca entry kali ni. tqsm. wassalam.

p/s : ni ade sedkit gambar yang aku sempat ambil semase di sane. nenek tu name semek. so, kiteorang panggil dia tok mek. name timangan mungkin. hiks.








me and the geng.

2017

hello my followers! long time not see, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan di lindungi oleh Allah SWT. Amin :)