Thursday, 29 August 2013

kawan, kawan baik, dan musuh ?

Assalamualaikum..

rindunya aku dekat belog. dah lama tak bukak, tak kemaskini, taktahu lah kenape kan? tajuk kali ni kawan, kawan baik dan musuh? okler cungs, cenggini ceritenya pada awal permulaan babnya. hehehe. acecece, bab? cerite aku ni kalau nak tahu, banyak bab tahu dak? hahaha, kalah kamus dewan dwibahasa tahuu. hiks~. ok, back to our story, actually aku percaya semua orang ada kawan, kawan baik, kawan akrab, dan pelbagai jenis kawan lah kan. hurm.

aku ingat lagi, masa aku first masuk sekolah rendah, budak yang buat baik dengan aku, aku akan anggap dia kawan baik aku, then bila dua tige hari berkawan, dia pun tak layan dah aku, aku pun tak layan dia jugak sebab dah ade kawan baru kan. hahahha. jahat aku ni. tapi tulah, kenangan masa kecik, bagi aku, semua orang kawan baik aku. yelakan, dulu kecik, mane tahu apa-apa. ayooo.

then, bila meningkat ke dewase, aku tahu lah sikit ape itu maksud kawan. yeah, pada mula itu, aku tak kisah dah ade kawan baik ke takde ke, ape yang penting, aku akan anggap semua kawan aku, tapi......... bila sampai satu tahap, dia sakitkan hati aku, aku akan sedaya upaya akan lenyapkan dia daripada ingatan aku. bukan maksud aku, aku tak akan tegur dia dah, bukan, cuma aku akan kurang layan dia, sebab aku tahu, sekali dia tak hargai kita, sampai bila-bila pun tak akan hargai punye. aku taktahu lah kawan-kawan korang macam mane.....

nak dijadikan cerite pula, musuh yang bertahun-tahun akhirnya menjadi kawan baik kita pula.. macam mane tu? penah terfikir tak macam mane jadi macam tu? ada orang cakap, kawan yang kita sanjung-sanjungkan rupa-rupakan musuh kita yang sebenar, dan kawan yang kita duk bermusuh-musuhan, merupakan kawan yang terbaik kita sebenar. ohyeah... aku rasa benar kut kenyataan ini.. mungkinn,,,,

tapi alhamdullilah, aku sampai sekarang takde lagi masalah kawan ni. kalau gaduh sikit-sikit biaselah kan? lumrah persahabatan. aku tak suka dengan pergaduhan. aku tak suka orang berdendam dengan aku. aku tak suka jugak orang bermasam muka sebab aku kalau boleh, aku akan sedaya upaya akan mengalah, biarlah aku yang pendam derita di hati daripada duk mengadap muka yang masam 24 jam. aku tak sanggup....

ada sms yang paling buat aku terharu.. sampai sekarang aku masih lagi simpan sms yang dikirim daripada kawan terbaik aku, iaitu fatin nur aqillah untuk aku. dalam sms dia, dia cakap macam ini :

     'tha, sy lebih rele kekal di sekolah saya ni daripada berpindah ke sekolah awak tha. bila kita satu sekolah, selalu berjumpa, nak-nak, kita bukan sekelas, saya takut perkara yang buruk akan berlaku. saye lebih rela tersekse stay di sekolah sy ni daripada bergaduh dengan awk tha'

ini ayat yang paling buat aku terharu. kekadang bila aku lemah, bila aku perlukan seseorang, aku akan cari dia. dia lah sahabat aku paling terbaik. aku bersyukur sebab dapat kawan mcm dia. aku harap Allah kekalkan persahabatan aku dengan atin sampai ke hujung nyawe kami berdua.

nama dia fatin nur aqillah, dan nama aku fatin nur thafieqah. kekadang bila aku pergi jejalan dengan dia, ada jugak orang ingat kami berdua adik beradik. hehehe. peliks kan? tapi itu ketentuan Allah. aku tak sangka aku dapat kawan baik yang punya nama sama dengan aku. betul betul tak percaya. sejak sekolah rendah lagi aku berkwan dengan dia. harap-harap persahabatan kami sampai ke hujung nyawe kami berdua. amin amin amin. tolong doakan ye?

 oklah, daaa, wassalam.

p/s: aku rase entry ni bosan lain macam je kan? nak padam sayang, so aku publish je lah ye? hehehehe, tq siape yang baca :)

Wednesday, 7 August 2013

happy eid mubarak semua :')

Assalamualaikum..
hai.

esok dah nak raya.. eh wait.. bukan esok, tapi hari nie sebab ade berapa minit je lagi nak masuk pukul 12 malam. so, pakat-pakat kemas rumah lah nie? ke dah siap semuanya? wow, superb ahh. hiks.
alhamdullilah, rumah saya pun selesai mengemas, mengubah apa yang patut. abah dari semalam lagi duk sibuk mencari bunga-bunga yang keras tu, ala, yg dh diawetkan tu. katenya nak mengubah bunga dengan air tangan sendiri. i dont know lah. kekadang, peliks jugak dengan abah, abah sukakan bunga, hiasan rumah, kalau bab-bab hias-menghiasi ni, memang dia lah pakar dan , berbeza pulak dengan ma, ma lebih expert pasal belanja dapur. urusan perbelanjaan rumah, memang pakar ma lah.

......ok, stop ckp pasal ma nge abah.......... hiks...........

actually, saya sayang nak meninggalkan bulan ramadan nie. niat dihati nak penuhkan puasa, penuhkan solat terawih. tapi semua itu tak kesampaian. alahai apalah nasib .... selepas nie, takde dah bazaar.. ( aku nie, ingatkan bazaar je, isk, teruk benor perangai ) bukan ape, tapiiii......... sedih k sedih. takpelah, inshaallah, tahun depan ada lagi untuk kita semua untuk melihat bulan ramadan yang mulia nie.. kalau nak cerita pasal bulan ramadan ni, memang banyak sangat moment-moment yang manis-manis semua. nak-nak kalau sedare-sedare pakat balik beraya di kampung. memang meriah lagi lah suasana kan, kan, kan...

2 3 lepas, mak sedare saya ada pulang dari kampung. yang anaknya si eyka hudson a.k.a akak. hah, akak nie sepupu saya yang paling paling rapat dengan saya. maybe umur kami kurang setahun je kan, jadi keserasian itu ada bersama. hahahaha. keserasian? amboi ayat. bukan main lagi.

sejak dia balik kg, malam semalam dan punya semalam lagi, kiranya 2 malam dah dia tidur umah saya. kalau dia ada, memang tak cukup masa lah nak melayannya. walau bagaimanapun, dia memang penghibur saya paling meletop ah. hehehe. kalau bab menjadi teman layan cerita korea, memang dia pakar. orang lain duk sibuk kemas umah, saya dengan dia, dengan kakak fatin nur shahira tu, sibuk duk layan cerita korea. cerita BOF tuu. sebenarnya, cerita tu memang dah melekat sangat dalam kepala nie haaa.. sebab ape? sebab cerita tu around berapa kali ntah, duk ulang ulang ulang. sampai sekrang saya tak jemu-jemu lagi tawww. hahahahahaha

last but not least, selamat hari raya saya ucapkan pada semua kekawan, cikgu-cikgu, sedare-sedare yang tak buleh nak balik. saya mitak maaf kalau ada salah dan silap. setiap manusia tidak dilahir dengan sempurnanya. kekadang saya degil, lawan cakap, mengumpat hehehe ( kalau sakit hati sangat, memang automatik akan tergumpat, so, jgn marah ye ) ..
dan bermacam-macam lagi lah perkara yang tak baik yang berlaku kerana saya, saya mitak maaf ye. bukan niat atau sengaja, mungkin saya niat untuk bergurau, tapi telah disalah anggapkan. kekadang, otak saya ni tak betul jugak, kalau ade niat tak elok datang, memang teruk ah. tapi nak buat macam mane kan, sifat semula jadi kut.... erk.. ade ke?? tak kisah la, yang penting, saya dengan rendah diri memohon sejuta kemaafan daripada anda. saya tak sempurna dan bukan senang nak jaga hati manusia............. mood : sedih jap...................

hati manusia cepat terluka...... tapi, siapakah kita untuk merawat hati kita lama-lama? kalau kita merajuk sekali pun, belum tentu ada orang datang nak pujuk kan? nanti jadi gila pulak. isk isk isk, nonomnomnom... ok, lap air mata korang. malam raya ni kut, jangan nak cenggeng lah ye !

so, sekali lagi, ampun maaf daripada saya. semoga lebaran kali ini lebih bermakna untuk kita semua. salam lebaran semua !! siapa yang kenal rumah saya, jemputlah datang... jangan nak malu-malu k... sekian terima kasih, wassalam




                                             

Saturday, 3 August 2013

Iftar with my classmate 6Aspiration and 6Brilliant 2009^^

Assalamualaikum..
hai.


malam nie agak lewat saya menulis dalam belog. bialah, rasenya dah tak sabar nak update entry yang nie. hahahaha. mesti korang dah bosan kan baca daripada belog ni kan? yela, semalam dah updated, hari ni pun updated jugakkk ?? bukan apa awak-awk, hari nie special sikit. entry ni gempak sikit daripada entry yang lepas-lepas. hehehe. jangan bosan-bosan ye ? harap-harap entry nie tak membosankanlah. susah jugak nak buat orang ketawe ni......

okok, hari ini kawan-kawan sekolah rendah saya adakan reniuon bersama dannnn oleh kerana sekarang bulan ramadan, so kami decided untuk berbuka bersama-sama. ohyeahhh ! memang gempak sangat sebab setelah sekian lamanya kitaorang tak berjumpa, dan petang tadi, alhamdullilah dengan izin Allah SWT, kami, bekas sekolah kebangsaan gelugor pun berjumpa lah tadi. memang cungs !

      flashback ..,,,,,,

pukul 6.50 petang and masa tu saya pergi ke restoran abang amir dengan motor. ok, actuallly, kitaorang berbuka di seafood telanai, restoran itu kepunyaan abang amir. so, alang-alang ade adik dia sekali, mesti murah kan makanan tadi? hahaha, ntahlah, saya tak sempat nak tanya berapa semua sekali sebab terlalu sibuk bercakap dengan kaum hawa. lama sangat dahhh tak berjumpa and kalau sekali jumpa tu, memang bercakap tak ingat dunia lah !

mase tu, saya pergi bukan keseorangan, saya pergi dengan kawan saya yang bernama nur shafika solah . mase sampai dekat sana, saya dengan akak ( akak itu panggilan untuk shafika soleh sebab sudah daripada saya darjah 1 saya panggil dia dengan panggilan akak ) rase cuak gile tahap gaban sebab ingat kawan-kawan tak sampai lagi. ingatkan kitaorang je yang baru sampai, padahal selepas saya park motor saya then pusing belakang .......... OMG !!! ramainya kawan-kawan perempuan bekas skg ( Sekolah Kebangsaan Gelugor ) ... kawan-kawan lelaki je tak kelihatan lagi....
saya pandang muka akak, akak pandang muka saya dannnnnn... tengok dari tapak kaki hingga ke kepala masing-masing.
orang lain pakat pakai baju kurung ke apa nie??? erkkkk, tengok diri saya, lepastu tengok diri akak pulak.. ohmaigod, saya pakai baju kemeja warna hitam dannn seluar JEANs !!!!! hurghh !! nasib akak sama jugak seperti saya.. then .. akak tarik tangan saya supaya jangan join dekat kawan-kawan yang lain lagiii.. saya buat muka pelik tapi saya tahuu sebab apa dia tarik tangan sayaaa....

...........masing-masing duk berbisik :

me : bakpe kak, bakpe mu tarik tangan aku ?

akak : weh, orang lain pakat pakai baju kurung, kitaaa????

me: takpe takpe. kita tengok ila pakai baju apa. ( ila itu ialah amirah aqilah . dia yang bersemangat waja untuk buat renioun kali ni ha, dan alhamdullilah, semua berjalan dengan lancar. )

akak : ok, jomm..

bila sampai je dekat ila, saya terus pergi terjah ila. pada mula itu ingat ila tak pakai baju kurung tapi pakai baju biasa. tapi sangkaan saya meleset sama sekali... ila pakai baju kurung ???!!!!!! ok, sekali lagi akak tarik tangan saya. tapi bila dah nak dekat dengan ila, ila pun panggil kitaorang. dan saya cakap dekat ila " weh, aku malu lah, semua orang pakat pakai baju kurung.. aku pakai seluar jean nie" and ila say " takpelah, orang lain ade jugak panggil seluar jeans kan. uat biase sudaaa " lepas ila cakap macam itu, ok, saya pun buat-buat muka blurrrrrrrrrrr-,-

dannn jam telah menunjukkan pukul 7. kami pun masuk lah bersama-sama ke dalam restoran tersebut. duk sibuk-sibuk bersembang. akhirnya waktu berbuka telahpun tiba. saya masa tu dok perasann langsung ok, sibuk sangat bercakap dengan ainul, atirah, akak, ila, syakirah.. hehehehehe...

kami pun makan lah. semua orang makan dengan berselera sekali taw. makan dengan kawan-kawan best. hehehehe. lepas makan, ila ajak kitaorang amek gambar. bukan apakan, buat kenangan ajaaaa. kenangan bersama kawan-kawan paling menyeronokkan ok !

ok, nie ada sedikit gambar yang sempat saya bluetooth dengan akak tadi.. hehehehehe...




kami 


dari kiri, shafikah, leya, zatul, syakirah, me, akak, najihah, rabiatul





me, ila, shafika soleh.




kaum adamm....


kaum hawa..



oklah, itu sahaja, wassalam :)




Thursday, 1 August 2013

gotong-royong dekat rumah..

Assalamualaikum..
hai.


sekarang saya sudah siap kemaskan dapur. hahahaha, rajin tak rajin tak ? ( sebenarnya, tak buat kerja mana pun, tolong tengok je padahal. hahaha ) hari nie keluarga saya buat gotong-royong. gotong-royong dekat rumah. biasalahkan, bila nak menyambut lebaran nie kenalah meriah sikit. bukan sikit, tapi banyakkkk...... hehehe

so, sudah pagi-pagi buta abah kejutkan anak-anak dia suruh bangun. ohmaigod, dahla semalam saya tidur lewat, layan cerita korea dengan akak. hehehe. memang spoil mood ahhh........

" muiz o muiz, bangun bangun, cat rumah, cepatlah, matahari dah tegak ni.... " ( ayat abah ) ish ish ish...

pagi-pagi rumah saya memang sudah riuh-rendah dengan suara ma, abah. abah kejutkan anak-anak jantan dia, then ma kejutkan saya dengan akak.

" pikah o pikah, kata nok amek daun getoh kat umah tok, ni bakpe dok bangun lagi nieeee" ( ayat ma ) ish ish ish.....
masa tu pukul baru nak menginjak ke pukul 8 tahuuuuuu. dahlah masa tu saya tengah ABC, so memang sodap bebenorlah kawe buat tahik mata gak ! ayooooo.

ok, cakap pasal daun getah, mesti korang tanye kan, nak buat apa dengan daun getah ? ok, actually, daun getah nie kegunaan dia nak buat tapai. TAPAI ? korang kenal ? tapai ini sodap sangat.... manis.... memang syok ah bile makan, tambah-tambah lagi semasa lembaran nie. ramai sangat lah yang buat tapai. sampaikan buat tempahan untuk tapai pun adaaaa tahuu. tapi family saya tak buat tempahan, tok sebelah ma saya memang pakar buat tapai. so, bila 2 3 hari nak raya tu, memang ma busy buat tapai lah. ma pun terer bab-bab cenggini. ketupat nasi pun ma buat sendiri. biasanya leman jelah abah tempah.



haaa.. nilah tapai pulut. kenal ?




ok, stop cakap pasal makanan ok. belum masanya lagi. hehehe. ok, kembali pasal gotong-royong hari ni. alhamdullilah, rumah dah selesai dicatkan semula. satu rumah diberikan nafas baru. huhuhu. abang dah berpeluh-peluh dari pagi tadi lagi ha. kesian sangat dah bila menengoknya. dahlah tengah berpuasa. takpe abg, amek berkat nak beraya-raya kannn. hehehehe. apa yang penting, semangat nak beraya itu ok ! 
saya dengan akak pulak banyak mengemas di dapur. pada mulanya nak pie kutip daun getah dekat rumah tok sebelah ma, tapi, masa tak mengizinkan, so saya pun kemas apa yang patut lah dekat dapur. so, sesi cat-mengecat sudah habis. alhamdullilah, sekarang menanti dia kering je ha. tak sabar nak melihatnya nanti. hehehe ( sebenarnya tak sabar nak raya nieeee ) 

bila family berkumpul dalam satu rumah, rumah yang sepi kembali menjadi riuh-rendah. biasaanya, saya dengan adik je yang ada, sekarang abang2 dah ada, kakak pun ada balik jugak, sememangnya menambah seri lagi dalam rumah. riuh-rendah dengan suare kami bersama. lama jugak kami adik-beradik tak berkumpul macam nie. sayu hati bila mengenangkan semua ini. hehehe

memandangkan kaum adam sedang tiada di rumah ( pergi solat jumaat ), jadi saya, akak pun buat hal masing-masing, masa orang takde nie, jadi bestlah nak menaip-naip nie. feeling tu yang penting ok. hahaha. 


ok, itu sahaja, wassalam 







MY LOVELY GRANDMOTHER :')

Assalamualaikum..
hai.


Malam nie jari-jemari saya terase nak menari-nari je atas keyboard ni ha. terase rindu pun ade. Actuallay, 2 3 hari nie saya ade jugak la bukak belog saya nie, tapi, sekadar tengok then baca ape yang kawan-kawan updated je. idea tak datang langsung mase tu. hehehe. dan now alhamdullilah, selesai sudah menengok tok saya..... (amek feeling sedih jap)

mak kepada abah saya iaitu tok saya sedang sakit sekarang. biasalah, sakit orang tua, tapi tengok kadang-kdang teruk jugak. dan sekarang jugak ma abah tengah takde dekat rumah, pergi terawih. terase sedih la pulak sebab tak dapat nak join diaorang. sedih k, sedih. tapi nak buat macam mane kan. tak akan Allah tengah bagi cuti nie nak pie solat terwaih kut. nak uat apo jah? duk melangut kat tangga tengok orang lalu-lalang kat situ? haih, baik duk umah jaga tok. hehehehe.

ok, cerita pasal tok, sure sangat-sangat sedih. saya? saya selama nie sekolah. tak tengok mane cara abah, ma jaga tok, pakaikan pakaian dekat tok. ok tok saya perempuan. toki ( panggilan saya dekat arwah ayah abah iaitu Said bt deraman) biaselah, saya orang kampung jadi panggilan pun tok and toki. well, apa-apa panggilan pun, itu tidak penting ok. back to our story, malam nie, baru keinsafan itu datang, mase saya sedap-sedap duk melangut depan lappy, tok panggil nama saya

" pikah o , pikah " ( panggilan manja dekat rumah, hahahaha. manja lah sgt kan kan kan)

mula tu masih duk bolayan dekat lappy ( takde ciri-ciri cucu yang baik, saya tahu itu :'( ........ ) then, terdengar yang tok ckp, dia nak berak. mase tu saya....

"hah? tok nak berak? abah takde tok, ma pun takde, mcm mane nak angkat tok" ?

krikkkk...................................

tok pun bercakap ( in longhat terengganu ok, sorry kepada sesiapa yang tak faham, heee~ )

" dakpe la, tok gi sendiri, mari tolong angkat tok duduk atas jamban je"

then.... tok pun pergi sendiri. bukan berjalan kaki tapi... menggunakan punggung. dia mengheret punggung dia daripada bilik sampailah dekat luar pintu bilik dia... dan mase tu perasaan saya yg melihatnya........ tersangat-sangat sedih ! dan waktu itu, terdetik perasaan yang mengatakan saya seorang cucu yang jahat. subhanaallah.

masa tok nak teruskan lagi perjalanan dia ke tandas, saya terus terjah pergi dekat dia. sesungguhnya saya tak sanggup tengok seorang nenek tua berkeadaan macam tu. terimbas kembali cara ma, abah layan tok. ma seorang menantu yang memang saya superb tabik. selama tok sakit, ma dan abah sesama basuh berak tok, ma setiap hari kemaskan bilik tok, abah pula basuh baju kotor tok. dan buat macam-macamlah. dan saya?? seorang anak yang ntah, tak tahu nak ungkap dah. mungkin buleh dikategorikan anak yang pemalas :( senyap senyap sudaa ok ! dannn.... mase tu, terdetik lah jugak perasaaan saya.....

 kalau ma boleh buat, kenapa saya tak boleh buat? so........... saya pun pergi lah dekat tok, pada mulanya nak angkat, tapi tok tak bagi, katanya, dia berat. sayu sangat mase itu. tak boleh nak ungkap dah. rase macam nak menitis air-mata. tapi control lah, tak akan mase tok nak buat pelaburan dekat bank, saya pulak nak menanggis kan. tak cunn ah.

akhirnya, dengan usaha tok, alhamdullilah, tok sampai jugak dekat tandas bilik abang, tandas itu paling dekat dengan bilik abang. sebab bilik tok duk atas. so, tak perlu turun guna tandas bawah pun takpe sebab jalan shortcut dia dah ada. hehehe. dalam tandas itu saya pegang tangan tok, dengan selamatnya tok berada dia atas tuuuttttt tu. syukur sgt-sgt. saya sendirian ok. berhempas-pulas dengan tok. hahahaha. kelakar pun ade.

............. selepas tok buat pelaburan, aku basuh apa yang patut. then sampailah dekat tilam dia. dulu tok tidur atas katil but katil susah sebab kena turun, naik segala jadi abah tukar kepada tilam. mudah dan tidak mendatangkan beban kepada tok.

selepas itu, saya bagi tok makan. kebetulan leman dengan sambal daging ada jadi saya bagi tok makan yang tu. tok suka leman. huhuhu. pada mulanya tok taknak, katanya takde selera tapi saya paksa jugak dia makan ( paksa secara manja lah awak-awak, orang tua nie kita kena pandai jaga hati dia taw, hehehe )
saya pun suap lah, satuu. duaaa. tigaa... empat... rasenya barulah tok kata,

" dohlatu, tok takboh doh, rasa macam puas doh makang leman "
ok, so saya pun stop la suap dia then bagi minum air sirap, air tok minum banyak. maybe dahaga tersangat kut.

dan, masa tu barulah saya tahu bagaimana perasaan ma abah ketika menjaga tok siang, malam, pagi, petang. saya tabik jugak dekat abah. abah sebagai anak bongsu dalam keluarga abah, abah pandai menjaga maknya yang sakit. susah kalau nak cari anak muda yang ada sikap macam abah. agak-agak ada tak ?? urmmm....

setiap kali abah uruskan tok, saya selalu memerhati, abah angkat tok, mase sahur, abah kutip baju tok then basuh ( ma uruskan makanan sebab sahur kan ) macam-macam lah abah buat. alhamdullilah, saya dikurnia abah yang penyayang dan bertanggungjawab macam abah. banyak sebenarnya sikap abah, tapi takpelah, tak buleh nak cerita banyak, nanti orang cakap saya nie gediks, bajets dan sebgainya sebab duk cakap-cakap pasal keluarga jee. bialah, keluarga saya. kisah pulak aku ! hahahahaha tapii tulah kan ( mulut orang memang berbisa ok ) hahahahahahaha.

so... saya harap tok saya sihat walafiat macam dulu, sebab tok nie peneman setia saya, mase orang takde dekat rumah, saya dengan tok lah tengok tv sesama. kadang-kadang, saya buat kerje sekolah, tok belek surat khabar, walhal mase tu tangan tok je yang membeleknya, mata tok fokus dekat tv ok. hahahahaha.

ok, wassalam  :)


2017

hello my followers! long time not see, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan di lindungi oleh Allah SWT. Amin :)