Thursday, 1 August 2013

gotong-royong dekat rumah..

Assalamualaikum..
hai.


sekarang saya sudah siap kemaskan dapur. hahahaha, rajin tak rajin tak ? ( sebenarnya, tak buat kerja mana pun, tolong tengok je padahal. hahaha ) hari nie keluarga saya buat gotong-royong. gotong-royong dekat rumah. biasalahkan, bila nak menyambut lebaran nie kenalah meriah sikit. bukan sikit, tapi banyakkkk...... hehehe

so, sudah pagi-pagi buta abah kejutkan anak-anak dia suruh bangun. ohmaigod, dahla semalam saya tidur lewat, layan cerita korea dengan akak. hehehe. memang spoil mood ahhh........

" muiz o muiz, bangun bangun, cat rumah, cepatlah, matahari dah tegak ni.... " ( ayat abah ) ish ish ish...

pagi-pagi rumah saya memang sudah riuh-rendah dengan suara ma, abah. abah kejutkan anak-anak jantan dia, then ma kejutkan saya dengan akak.

" pikah o pikah, kata nok amek daun getoh kat umah tok, ni bakpe dok bangun lagi nieeee" ( ayat ma ) ish ish ish.....
masa tu pukul baru nak menginjak ke pukul 8 tahuuuuuu. dahlah masa tu saya tengah ABC, so memang sodap bebenorlah kawe buat tahik mata gak ! ayooooo.

ok, cakap pasal daun getah, mesti korang tanye kan, nak buat apa dengan daun getah ? ok, actually, daun getah nie kegunaan dia nak buat tapai. TAPAI ? korang kenal ? tapai ini sodap sangat.... manis.... memang syok ah bile makan, tambah-tambah lagi semasa lembaran nie. ramai sangat lah yang buat tapai. sampaikan buat tempahan untuk tapai pun adaaaa tahuu. tapi family saya tak buat tempahan, tok sebelah ma saya memang pakar buat tapai. so, bila 2 3 hari nak raya tu, memang ma busy buat tapai lah. ma pun terer bab-bab cenggini. ketupat nasi pun ma buat sendiri. biasanya leman jelah abah tempah.



haaa.. nilah tapai pulut. kenal ?




ok, stop cakap pasal makanan ok. belum masanya lagi. hehehe. ok, kembali pasal gotong-royong hari ni. alhamdullilah, rumah dah selesai dicatkan semula. satu rumah diberikan nafas baru. huhuhu. abang dah berpeluh-peluh dari pagi tadi lagi ha. kesian sangat dah bila menengoknya. dahlah tengah berpuasa. takpe abg, amek berkat nak beraya-raya kannn. hehehehe. apa yang penting, semangat nak beraya itu ok ! 
saya dengan akak pulak banyak mengemas di dapur. pada mulanya nak pie kutip daun getah dekat rumah tok sebelah ma, tapi, masa tak mengizinkan, so saya pun kemas apa yang patut lah dekat dapur. so, sesi cat-mengecat sudah habis. alhamdullilah, sekarang menanti dia kering je ha. tak sabar nak melihatnya nanti. hehehe ( sebenarnya tak sabar nak raya nieeee ) 

bila family berkumpul dalam satu rumah, rumah yang sepi kembali menjadi riuh-rendah. biasaanya, saya dengan adik je yang ada, sekarang abang2 dah ada, kakak pun ada balik jugak, sememangnya menambah seri lagi dalam rumah. riuh-rendah dengan suare kami bersama. lama jugak kami adik-beradik tak berkumpul macam nie. sayu hati bila mengenangkan semua ini. hehehe

memandangkan kaum adam sedang tiada di rumah ( pergi solat jumaat ), jadi saya, akak pun buat hal masing-masing, masa orang takde nie, jadi bestlah nak menaip-naip nie. feeling tu yang penting ok. hahaha. 


ok, itu sahaja, wassalam 







No comments:

2017

hello my followers! long time not see, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan di lindungi oleh Allah SWT. Amin :)