Sunday, 28 July 2013

header giveway


  
bismillah, urmm, test test test. aku sebenarnye tak tahu mane nak buat kontes nie. tapi kawan 
aku mitak try kan. so aku cube lah. urm, jadi ke tak, aku tak tahu lah tu. nie syarat yang terdapat pada kontes kawan aku tu :


  • Buat satu entry bertajuk "Header Giveaway"

  • Copy banner diatas dan paste diblog anda seterusnya backlinkkan ke entry ini (hanya dikotak komen bukan tempat lain ye)

  • Pemenang diumumkan pada hari Rabu,jam 9 malam

  • Pemenang dipilih melalui cabutan bertuah

    



                             






Friday, 19 July 2013

Berpuasa :)

Assalamualaikum.

dah lama saya tak cek belog saya. dah macam-macam jenis habuk yang bertapak dalam belog nie ha. rindu sangat-sangat sebab itu kemaskini jugak ini. ohya, korang berpuasa macam mane? ok? semuanya berjalan dengan lancar? kalau macam itu, alhamdullilah.

"krik krik krik" ( sedang mengatur ayat, lama sangat tak up to date belog ni, jadi sedikit BLUR !)

pejam celik, pejam celik, rase mcm sekejap je kan kita berpuasa. tak lama lagi dah nak raya. heeee~ tak sabar nak menyambut hari raya (isk, puasa tak habis lagi, cakap pasal raya pulak dah) hahahaha, bukan apa, saya dah lama teringin nak makan rendang ayam, daging, and macam-macam jenis lauk-pauk lah kan. 
agak-agak saya dapat tak lagi erk duit raya. yela, umur semakin hari, semakin tua, rasenye takde dah kut orang bagi................. tit!
(ohnomnomnom) tak mungkin, tak mungkin. kena dapat jugak duit raya. duit raya penting ok, salah satu sebabnya, poket kita akan sentiasa penuh selama sebulan tu(tak termasuk duit mak, ayah lagikan) heeeeee~

walaubagaimanapun, sayang jugak nak meninggalkan bulan puasa nie kan. bulan puasa hanya bakal menjelma setahun sekali. sangat-sangat rugi kalau sesiapa yang tak berpuasa tu. isk isk isk. bayangkan, dalam bulan puasa itu, ada solat terawih, ada tadarus al-quran kat sekolah dan paling penting ada................. BAZAAR !!! yes, bazaar ! hahahahahaha. best taw, ada pelbagai makanan. apa yang korang nak? semua ada. pelbagai jenis air, makanan, buah-buahan, jeruk-jeruk, urmm, apa lagi erk, ntah la, banyak sangat jadi tak tahu dah apa yang tak ditulisnya. tapi satu kelemahannya, setiap kali saya pergi bazaar, wajib bersesak-sesak. kalau tak sesak, tak nama bazaar lah tu kan? saya suka pergi bazaar, tapi kalau bab mengadap sesak-sesak ni, memang lemah semangat cikitttt.... urmmmm..

tapi..... kalau korang dah pie bazaar tu, korang jangan pulak membazir, kesian mak ayah korang tahuuu kene habiskan makanan yang sedia ada tuuu. heeee~
kalau saya, kebiasaannya, saya mintak duit 5 inggit je ( kalau beli makanan sendiri lah kan, kalau beli untuk family, up ckit lah kan, mane cukup kutttttt)
biasanya, saya beli, kuih(pudding caramel tu) best kan? siape yang tak suka? semua suka kut. kuih feberet saya dengan kawan saya, atin aqil. huahuahua. lepas tu, saya beli, bihun sup. contohnya, kalau hari nie bihun sup, esok, kuew tiaw sup, seterusnya laksa peneng. hah! itulah makanan yang saya beli selama berpuasa ni. memang takleh blah dengan makanan yang lain. tak penah bertukar lagi setakat ini. makanan rasmi oleh saya.
kalau abah yang pergi bazaar, saya tak bagitahu pun takpe dah, sebab dia sendiri dah tahu menu kesukaan saya apa(hehehehe) teringat pulak masa saya makan dekat kedai bersama dengan family, abah menegur saya.

"flashback"

abah- ' pikah nie, asyik2 order bende yang sama. ce tukar menu lain ckit, nie tak, balik-balik bihun sup, balik-balik bihun sup. kalau kat kedai tu takde bihun sup, pikah order tomyam pulak. menu tu je yang pandai. ce tukar menu ckit, baru ok'

me-  hanya tersengih memandang abah. HAHAHAHAHAHA. ( taktahu nak pakai ayat apa setiap kali abah membebel bende yang sama sebab makanan feberet saya sejak azali lagi kan, urm, kesian kesian kesian)

penah sekali tu, perut saya lapar tahap petala, then saya order nasi goreng usa dekat kedai makan, abah buat muka tercenggang then abah cakap " hah, tahu pun nak makan nasi ingat bila makan kat kedai, mata asyik tengok makanan yang ada sup2 je."  cittttttttttttttttttttttt........

   hanya mampu tersengih sebab perut lapar tahap dewa waktu tu....................

tapi tulah, naluri seorang abah, pasti nak suruh anak dia makan makanan yang lebih mengenyangkan perut sikit kan? saya tahu sangat perasan abah. tapi tula, telingan degil saya nie lebih aktif daripada tuan dia sendiri. tuan sudah melarang, tapi masih jugak bertindak diluar kawalan. isk isk isk.

oklah, sekarang dah petang. ada beberapa jam lagi untuk berbuka puasa. so, pada semua readers saya, selamat berpuasa ok, sory lambat wish, dah lama sangat tak menulis di belog nie. sory ok, take care, wassalam :)

Thursday, 20 June 2013

Sukan tahunan :)

   Assalamualaikum and hai everyone ! sihat? Saya? Ahamdullilah, sihat walafiat. Lame dah tak menulis, tak meluahkan perasaan dalam belog nie kan. Terasa rindu je nie. Hahahaha. Btw, saya ada beberapa cerita yang nak dikongsikan bersame dengan anda-anda semua taw.

  Baru-baru nie, sekolah saya ada mengadakan hari sukan olahraga tahunan. Memang best sangat, macam-macam perkara saya dan kawan-kawan saya lakukan. Tapi, aktiviti yang saya masuk semua tak gempak ok. Bukannya taknak masuk, tapi saya jenis pemalu sikit nak beraksi didepan semua manusia kat situ. Tapi, saya ada join satu aktiviti nie taw. Satu je, takleh banyak-banyak nanti kesian pulak dekat semua student kalau saya masuk semua aktiviti nanti. HAHAHAHA ( perasan je, sila menyampah. Hehehehe ) Lagi satu, sukan yang saya masuk nie, kira senang lah sikit. Sikit je, takyah nak banyak-banyak sebab tak menang pun. HAHAHAHAHAHA.

  Tapi, bab hiasan khemah, pembarisan, saya masuk. Penat jugak lah sebab kene stay tengah panas. Tapi, takpe, semangat yang penting ok ! Kalau bab hias-menghias dan pembarisan macam nie, saya suka sikit. Bukan sikit, tapi banyak sebab kerja dia senang je kan, jadi mudahlah nak buat. Kebanyakkan orang semua  sukakan kecantikan, kekemasan, dan menarik. Betul kan? Jadi, kene buat yang terbaik la masa menghias itu, dan alhamdullilah jugak, cikgu-cikgu rumah kuning semuanya rajin-rajin, fikiran terbuka sebab dengar idea daripada murid-murid dan tangannya jugak seni, jadi senang kerja lah orang katekan. Hehehehe. Ohyah! rumah sukan saya temenggong, temenggong tu kuning. Hahahaha. Kuning ok. Perfect lah kiranya dan alhamdullilah, untuk pembarisan dan hiasan khemah, rumah temenggong jadi juara. Happy tak terkata ok. Tapi, untuk aktiviti sukan jela, rumah kuning tak gempak sikit. Bukan apa, ramai budak-budak yang pemalu ( termasuklah saya ) HAHAHA. Ramai student malu nak join, even dah lenguh mulut cikgu-cikgu pujuk suruh masuk dalam semua aktiviti, tapi, masih jugak tak mampu mencairkan hati budak-budak rumah temenggong. Saya? saya masuk sukan yang simple and easy ajee. HAHAHA. Kena sesuai dengan kemampuan kita lah wehh. Mane boleh masuk macam tu je, laslty, kita yang tak mampu nak lakukannya. Ish, bikin malu ajee kan.

 Ini ada beberapa keping gambar yang sempat jugak saya snap semasa aktiviti tersebut :

   
ohyeah !

dapat pegang bunga mangga ajee pun jadilah kan.
hahahaha.


anggota rumah temenggong. 

Okla, itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada awak semua. Terima kasih sebab baca entry saya nie ya. Wassalam.

Thursday, 23 May 2013

Selamat hari ibu MA :*

Assalamualaikum.
 Hai, bertemu kembali kite, alhamdullilah kite masih diberi nafas untuk terus hidup kan? Alhamdullilah, nikmat ALLAH tiada tolok bandingnya:)

 Seperti tajuk diatas, hehehe, act, sudah lambat saye nak post pasal nie. Tapi takpelah kan? hari ibu setiap hari ok. Takde istillah lambat atau cepat. HEHEHE(nak cover diri yang bersalah lahh tuu) Hahaha. Okok, seriuos ok. Act, ibu ini adalah insan yang sangat penting dalam hidup kite. Tanpa dia, tiadalah kita didunia ini.  Ibu ibarat darah yang mengalir dalam diri kita. Setiap nafas yang kita hembus, adalah jiwa yang diberinya kepada kita. Setiap manusia yang bergelar anak, kite wajib menyayangi ibu,mummy,ummi,mama and apa-apalah panggilan kita untuknya.

 Ma, sebagai anak, saya rase sangat berbangga sebab dilahirkan oleh rahim daripada ma. Sesungguhnya, ma adalah mama yang tercantik untuk saya.
Ma, mungkin saya penah sakitkan hati ma, buat ma menanggis sebab tingkah laku yang selalu buat ma sakit hati. Tapi, sebagai anak, ketahuilah ma, yang saya sangat-sangat sayangkan ma. Walaupun saya banyak memberontak, suke merajuk dengan ma dan abah, masam muka bile ma marahkan saya, tetapi, jauh dalam sudut hati saya, saya sangat sayangkan ma. Allah yang pertame , ma kedua, abah ketiga antara insan yang bertahta dihati saya.

 Ucapan saya untuk ma yang tersayanggg:
- semoge ma bahagia disamping keluarga yang tersayang.
-semoge ma panjang umur( saya nak mama stay berade disisi keluarga, jage kami, belai kami dengan kasih sayang ma, sesungguhnya kasih sayang ma adalah yang terbaik untuk kami sekeluarga )
-semoge ma dimurahkan rezeki.
-semoge ma berada dalam sihat walafiat selalu.

Last but not list, terima kasih mama sebab hadirkan sebuah kasih sayang yang tak terhingga untuk saya. Saya seorang anak yang tak sempurna tapi saya janji akan berjaye suatu hati nanti, banggakan ma dan abah. Ma dan abah adalah insan yang sangat penting dalam hidup saya. Alhamdullilah, saya dapat seorang ibu yang sangat memahami saya, usap rambut saya semase saya hidup, selalu dengar masalah saya, dan macam-macam lagi. Tak terluah disini. Alhamdullilah YA ALLAH.

 Puan Rusnani Bt Mat Amin, i love you till die. Beradalah disisi saya selalu kerana kekuatan saya berada dalam diri anda. Doakanlah saya selalu kerana doa seorang ibu membawa berkat. Terima kasih sebab pandai mendidik saya, menjage saya selama 16 tahun saya hidup, terima kasih yang tak terhingga. Alhamdullilah.

meheartyou:*


Adik beradik tak lengkap sebab
ramai yang tak boleh balik mase
pertunangan sepupu. huhu


ma tengok dekat kak yah. ishh, tak jadi dah 
muke ayu ma kan? hahahahaha--'



Terima kasih sebab sudi membaca entry saya. Wasslam.

Selamat Bercuti :)

Assalamualaikum.
Sudah lame saye tak kemaskini dekat belog ini, terase rindu sangat-sangat. Tapi, oleh sebab tiada masa, dan aktiviti harian saye yang sangat-sangat tiada mase lapang, jadi terpakse stop dahululah aktiviti berbelog nie kan. Alhamdullilah, exam saye pun dah habis. Harap-harap dapat result yang flying colours lah kan? hehe, Insyaallah dan, sudah dimaklumkan bahawa cuti 2 minggu bakal tiba, semestinye ramai student yang tak sabar sabar menanti hari cuti ini kan? Tak lain and tak bukan, salah satunya, saye lah tu. Hahahaha. Hoorayyyyyy !

 Bulan 5 semestinye bulan yang banyak ada tarikh yang tertentu kan? Such as, hari ibu, hari guru, and hari jadi kawan saya. Hehehe. Lambatnye saya update pasal bufday dia. Maafkan saya ye mummy? bukan sengaje but tiada masa yang sesuai. Btw, name kawan saya tu CIK ASMA HUSNA. Yes, bufday dia pada 10.5.97 and yea, adiah dia pun saya tak kasi lagi. Rasenye saya lah kot orang yang terakhir yang bagi adiah dekat dia. Urmm, maafkan saya mummy, tiada duet lagi nakkk beliiii :((( lambat sket takpe kan? kan? kan?
hehehe.

 Mase bufday saye dulu, dia ade postkan pasal saya dalam belog dia. And alhamdullilah, dia masih ingat hari jadi, dan mase bufday saye, dia orang pertame dalam hidup saye sebab bagi adiah 2 kali !!! dah la adiah yang lain-lain. Masyallah. Banyak duet yang dia habiskan sebab adiah saye. Urmm. Btw, nak kenal tak dia?? ni ade gambar antare saye dan dia sedikit.

yang hujung sebelah kanan 
ialah asma husna.


kami bersame. Insyallah, friendship till
die.


nie diaaa, Asma husnaaaaaa :)


And this my wish for asma
Asma husna, semoge awak berade dalam kecerian selalu, semoge bahagia disamping keluarge tersayang dan yang paling penting, semoge awak successful selalu, amin amin amin. Thanks for eveything mummy. Thanks for being my friend. Thanks ye? ok, itu sahaja lah untuk hari nie. Thanks for reading my entry. Hohohoho^^ Selamat bercuti yea, jage diri, jage iman, dan semoge berada dalam sihat walafiat sentiase. Amin. Wassalam

Saturday, 27 April 2013

Selamat Hari Tua awakk :)

Assalamualaikum :)

 Hari nie saya nak post pasal bufday seseorang. Saya mengagahi jugak jari saya untuk menaip waima kepala saya terase pening sangat-sangat. Tapi demi dia, tapela, saya post jugak sebab dia jugak salah satu sahabat saya di sekolah. Dia rapat jugak dengan saya. Mase bufday saya, dia ade jugak post pasal saya. Urmm, terima kasih ye wak. Adiahhh ??? Urmm, adiah dia saya tak cari lagi. Idk la nak cari present ape ke dia. Bende yang saya nak bagi ke dia, semua orang dah bagi. So, idk la. Lagipun kakak saya tak balik lagi, so susah sket nak cari adiah nie. Saya tak reti nak bagi adiah macam mane dekat orang, selalu jugak saya gunakan khidmat seseorang untuk mencari adiah yang sesuai.  Hehehe~ so bad la kan.

 Untuk najihan nizam, selamat hari tua ye awakk. Saya mitak maaf sebab lambat post. Buzy and takde idea. Hahahahaha. Walaubagaimanapun, saya nak awak tahu, yang lambat atau lewat, saya tetap akan post jugak entry pasal awak. Saya mitak maaf kalau selama kita berkawan, saya selalu buat awak sakit hati. Saya memang keras kepala. Semua orang cakap macam tu. So, saya harap awak bersabar lah erkk dengan perangai saya nie ehh? Hihihihi^^ lepas tu, saya nak mitak maaf jugak kalau saya ade buat salah dekat awak. Maybe saya penah mengumpat pasal awak ke? Hehehehehehehe. ampunkan sayaaaaaaaaaaaaaaaa geee !!!! hahahahaha.

 Semoge awak panjang umur dan bahagia selalu disamping keluarga yang tersayang. Semoge awak mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Gud luck sayang :*. Last but not list, ini ada sedikit gambar + kenangan saya bersama kawan saya, najihan nizam.

Najihan nizam pakai cermin mata.


najihan nizam berbaju pink tu.


najihan nizam pandu puteri.



kami bersame :)

Yang tinggi lampai, manis bergaya tu dia laa tu. Hehehehe~ ok, terima kasih kerana sudi bace entry saya. Las minute so ayat serabai sket. Hehehe~ Wassalam.

Thursday, 25 April 2013

Ingat mati menguatkan jiwa.

Assalamualaikum.
  Semoge semua readers saye sihat walafiat belaka. Actually, hari nie saye nak update entry tentang  'Ingat mati menguatkan jiwa'. Saye nak share kisah ini dekat korang sebab memandangkan sekarang ramai orang terutamanye dalam kalangan anak-anak muda yang takut untuk mengingati pasal hari kematian. Sebab apa?? Salah satu sebabnya, imam kita terlalu sedikit, dan hati kita mudah getar dan tidak mahu langsung mengingati hal ini sedangkan ingat mati boleh membuatkan kita lebih ingat akan ALLAH. Info ini saya ambil daripada surat khabar, dan saye rase, tak salah kalau saye kongsi pasal keagamaan. Harap korang bace dengan penuh keberkataan. Amin..

  Sesetengah orang menyangka ingat mati akan melemahkan semangat. Mereka membayangkan jika seseorang mengingati mati, ia tidak lagi ghairah untuk bekerja, menuntut ilmu dan membangun negeri. Sangkaan anggapan seumpama itu tentu sahaja salah. Mengingati mati adalah satu galakan daripada Rasullulah SAW kepada umat islam. Matlamatnya bukan untuk melemahkan semangat, malah makin menguatkan keinginan untuk hidup.
 
  Terbukti, generasi umat islam yang paling aktif bekerja dan menggunakan masa dengan berkesan adalah para sahabat dan salaf soleh. Mereka berjaya menakluk dunia., membangun tamadun dan mengembangkan dakwah dalam masa yang sangat singkat. Semua itu kerana berpegang kepada pesanan Nabi SAW agar selalau mengingati kematian. Rasulullah SAW bersabda : "Perbanyakkanlah mengingat pengahncur semua kelazatan, iaitu maut." ( riwayat a;-tarmizi) 

Kesan ingat mati  :

- ingat mati membuatkan kita lebih menghargai hidup. Kita akan merasa bersyukur setiap kali bangun di pagi hari kerana masih berpeluang untuk menanbah akaun pahal kita. Kita juga bersyukur masih diberikan kesempatan untuk meminta ampun atas dodsa-dosa dan kesalahan kita. Daripada Abu Hurairah : Suatu hari Rasulullah SAW sedang berlalu di atas sebuah kubur ( mayat ) yang baru dipendam. Baginda lalu bersabda : " Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih ia sukai oleh ahli kubur ini daripada dunai dan seisinya." ( ibnu al-mubarak dalam kitab al-zuhd )

-ingat mati mendorong kita untuk merancang dengan lebih baik. Kita menjadi lebih pandai untuk mempraktikkan asas keutamaan dalam hidup kita dan lebih pandai menundukkan hawa nafsu. Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang pandai adalah dia yang selalu mengawal nafsunya dan bekerja untuk kehidupan setelah mati." ( al-tarmizi) 

-ingat mati akan membuat hati kita hidup. Kita semakin bijak dalam menimbang dan mentafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di muka bumi ini secara positif. Minda kita terbuka kepada perkara-perkara yang lebih penting dalam hidup, lalu berusaha untuk meraihnya.

  Rasulullah SAW bersabda : " Tiga perkara yang akan mengiring jenazah ke kubur iaitu : hartanya, keluarganya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan meninggalkannya dan yang tinggal hanyalah amalannya. ( riwayat al-bukhari )
 Sungguh beruntung orang yang selalu ingat kematian dan beramal agar mendapat kehidupan yang lebih baik di akhirat nanti. Wallahu a'lam

*sebarang kemusyikilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadnoor . Wassalam

2017

hello my followers! long time not see, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan di lindungi oleh Allah SWT. Amin :)