Thursday, 25 April 2013

Ingat mati menguatkan jiwa.

Assalamualaikum.
  Semoge semua readers saye sihat walafiat belaka. Actually, hari nie saye nak update entry tentang  'Ingat mati menguatkan jiwa'. Saye nak share kisah ini dekat korang sebab memandangkan sekarang ramai orang terutamanye dalam kalangan anak-anak muda yang takut untuk mengingati pasal hari kematian. Sebab apa?? Salah satu sebabnya, imam kita terlalu sedikit, dan hati kita mudah getar dan tidak mahu langsung mengingati hal ini sedangkan ingat mati boleh membuatkan kita lebih ingat akan ALLAH. Info ini saya ambil daripada surat khabar, dan saye rase, tak salah kalau saye kongsi pasal keagamaan. Harap korang bace dengan penuh keberkataan. Amin..

  Sesetengah orang menyangka ingat mati akan melemahkan semangat. Mereka membayangkan jika seseorang mengingati mati, ia tidak lagi ghairah untuk bekerja, menuntut ilmu dan membangun negeri. Sangkaan anggapan seumpama itu tentu sahaja salah. Mengingati mati adalah satu galakan daripada Rasullulah SAW kepada umat islam. Matlamatnya bukan untuk melemahkan semangat, malah makin menguatkan keinginan untuk hidup.
 
  Terbukti, generasi umat islam yang paling aktif bekerja dan menggunakan masa dengan berkesan adalah para sahabat dan salaf soleh. Mereka berjaya menakluk dunia., membangun tamadun dan mengembangkan dakwah dalam masa yang sangat singkat. Semua itu kerana berpegang kepada pesanan Nabi SAW agar selalau mengingati kematian. Rasulullah SAW bersabda : "Perbanyakkanlah mengingat pengahncur semua kelazatan, iaitu maut." ( riwayat a;-tarmizi) 

Kesan ingat mati  :

- ingat mati membuatkan kita lebih menghargai hidup. Kita akan merasa bersyukur setiap kali bangun di pagi hari kerana masih berpeluang untuk menanbah akaun pahal kita. Kita juga bersyukur masih diberikan kesempatan untuk meminta ampun atas dodsa-dosa dan kesalahan kita. Daripada Abu Hurairah : Suatu hari Rasulullah SAW sedang berlalu di atas sebuah kubur ( mayat ) yang baru dipendam. Baginda lalu bersabda : " Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih ia sukai oleh ahli kubur ini daripada dunai dan seisinya." ( ibnu al-mubarak dalam kitab al-zuhd )

-ingat mati mendorong kita untuk merancang dengan lebih baik. Kita menjadi lebih pandai untuk mempraktikkan asas keutamaan dalam hidup kita dan lebih pandai menundukkan hawa nafsu. Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang pandai adalah dia yang selalu mengawal nafsunya dan bekerja untuk kehidupan setelah mati." ( al-tarmizi) 

-ingat mati akan membuat hati kita hidup. Kita semakin bijak dalam menimbang dan mentafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di muka bumi ini secara positif. Minda kita terbuka kepada perkara-perkara yang lebih penting dalam hidup, lalu berusaha untuk meraihnya.

  Rasulullah SAW bersabda : " Tiga perkara yang akan mengiring jenazah ke kubur iaitu : hartanya, keluarganya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan meninggalkannya dan yang tinggal hanyalah amalannya. ( riwayat al-bukhari )
 Sungguh beruntung orang yang selalu ingat kematian dan beramal agar mendapat kehidupan yang lebih baik di akhirat nanti. Wallahu a'lam

*sebarang kemusyikilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadnoor . Wassalam

No comments:

2017

hello my followers! long time not see, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan di lindungi oleh Allah SWT. Amin :)