Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum dan hai evebadih. semoga korang berbahagia selalu di samping keluarga tercinta..

haaaaa....... pejam celik pejam celik, aku pun dah sebulan duk kat uni, tup tup dah nak raya! walaweh!! kejap gile ramadan tahun ni weh. dan semestinya raya tahun ni tanpa nenek kesayangan aku. OHMAIGARD :( terasa kesunyian itu sbb biasanya bila ada nenek yg tinggal dengan kita, tetamu yang datang tu ramai sbb nak melawat nenek kita kannnnn.. dan tahun ni aku taktahu laaa tetamu aku ramai ke tidok. hahahaha. hari raya sebenarnya paling best gile okay. sbb yang pertama- tamaaanya, dapat duit raya. yang kedua: dapat baju baru, kasut baru, handbag baru (umur dah 18 tahun ni, mmg keinginan utk mempunya handbag sangat luar biasa bagiku HAHAHAHA) dan segala-galanya baru di dalam rumah. i mean ape yg baru tu like maybe parents korang tukar langsir baru ke, sofa baru ke *tak akan tukar tv setiap kali nak raya kot. macam tak logik lah pulak hehehe. okay org kaya lain cerita hiks.

ok, tutup cerita itu. berbalik pade cerita yg seronok nak gile mase meraikan bulan aidil fitri ni okay. tahun ni, aku tak pasti dapat duit raya bertimbun ke tak *harap-harap bertimbun wei HAHAHA
bila dah tua bangka ni kan, duit raya itu semakin berkurangan. PERGHHHHH!! sedih siot bile tengok adek aku yang darjah 4 itu duk tunjuk tunjuk duit raye dia, mentang-mentang laaaaaa dapat banyak. huwaaaaaaa, ini tidak adil bagiku. aku student jugak taw, mane aci. huhh!!! tapi takpelah, tak dapat duit raya daripada org pun takpelah, aku mitak duit raya dengan maa dan abah aku, pe susah. HAHAHA. bab duit raya satu hal, bab ad assignment mase cuti raya pun takleh blah wei. banyak wooo. kalah homework yang cg aku bagi mase aku f1 until f5 HAHAHAHA. tapi sbb aku ni cuti 2 minggu, so better aku buat strategi elok-elok. seminggu mengadap ke assignment, seminggu lagi aku enjoy hahahahahahaha. bestnyaaaaa!!!!! so adek-adek or dakdak student tuuuu, buat kerja laa dulu, buat ape yang patut dulu, jangan bilaa cuti dah nak habis, baru nak sentuh kerja ke, homework ke, assignment ke, its not good okay *aku pun sebenarnya minah suka buat kerja last minit jugak, tapi bile dah tua bangka ni, rase nk berehat 24jam HAHAHAHA, so aku buat kerja awal-awal, lepastu, aku berehat goyang kaki lers. heaven gilee. hati tenang sbb takde kerja kan. *kiukiukiu

anways, masa dah nak dekat raya ni, memang mercun tu selalu menjadi buah mulut laa kannnn. mercun nak main boleh tapi main mercun bawang tu haaa hikss. yang tu sesuai dan yang pasti sekali baling, POP je bunyi dia bukan bunyi yang bising sampai orang nak terawih pun tak khusyuk. hish hish hish. lagi satu,kalau boleh, korang elakkan laa membeli mercun yang boleh membuatkan korang masuk hospital okay. korang main-main jugak, ingat nak raya dah tau, nanti kang tak pasal-pasal raya kat hospital *senyumtutupmulut baru terase padam muka itu kan. heeeee. so jage diri anda baik-baik, hindari daripada main mercun yang boleh mendatangkan bahaya bagi anda. selagi boleh elak, baik elaklah okayyyyy.

so, saya Fatin Nur Thafieqah binti Abdul Rahman ingin mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapa yang mengenali diriku ini, yang tak kenal pun, saya mitak maaf alot. mana tahu ada someone yang terasa hati dengan sy melalui laman sosial yang saya ada ke kann. terlalu banyak kekurangan pada diriku ini. jadi saya pohon beribu-ribu-ribu kemaafan daripada anda semua. membawa lebaran tahun ini membawa makna dan keberkatan kepada kita semua. amin amin amin.

Comments

Popular posts from this blog

Apa maksud 'BESTIE' ?