Friday, 6 December 2013

Jodoh..

Assalamualaikum..
haii..

 haaa, bunyi lain macam je kan tajuk kat atas nung. hahahaha. gempak sih. actually, tajuk kat atas tu sebenarnya memang sangat-sangat dekat dengan kita kan. tidak dinafikan lagi ok. hahaha.

setiap orang nak kawen
setiap orang nak mendirikan masjid masing-masing.

erkk.... aku pun same, aku pun nak kawen. hikhikhikhik. omg, so gatal aku en. kalau tahu di abah aku, memang kene kejar sekeliling rumah dah. abah siap bawak parang lagi kut. baru 16 tahun, dah mikir pasal kawen. double OMG ok. hahahahaha

ok, entry ni pun aku baru dapat ilham semalam. acecece, ilham konon, padahal kes aku dengar dekat THR GEGAR. ala, radio yang memainkan lagu yang jiwang-jiwang tuuu. bukan ke kalau setiap malam like pukul 10 or 11, radio tu ada sesi perluahan kisah cinta, kisah sedih, kisah yang menyayat hati ? korang taktahuu?

ohhh..

aku layan radio tu sebab..

terlalu banyak cerita yang menyentuh hati, jiwa, raga, hempedu dan segala organ dalam badan aku ni taw. hmmm, memang cerita sorang-sorang sedih ok. kalau korang jenis yang menjiwai, mendalami sesebuah cerita tu, korang pasti akan terasa yang jalan kisah hidup korang sama macam dia. memang menyentuh hati betul. hmm

aku tak kata yang aku ni jenis jiwang sangat. kekadang aku jiwang, kekadang aku macam minah tiga suku pun adoo. hekhekhekhek dannn kekadang otak aku ni takleh guna jugak. bab cintan-cintun, separuh abad je aku tahu.

tipulah kalau aku kata aku tak penah jatuh cinta kan?
tipulah kalau aku kata aku tak penah mencintai seseorang? hahahahaha. omg.
tipulah kalau aku kata aku tak penah menghadapi saat berCOUPLE kan? hahahahaha. double OMG.

tapi itu lumrah kehidupan ok. lumrah hidup sebagai seorang remaja. siapa kita nak elakkan diri kita daripada masalah percintaan ? siapa kita nak elakkan diri kita daripada jatuh cinta ? heloooo, kita manusia. tuhan turunkan deria perasaan, rugi kalau kita tak pandai nak guna deria itu. hakhakhakhak.

tapi tulah, cinta remaja tak akan kekal abadi. percayalah. sebab apa aku cakap macam ni. salah satu sebab :


  •  memang sah mak ayah tak restu ok. belajar duluuuuu. 
  • pelajaran kita terabai. 
  • mase couple, janji nak setia, then habes sekolah nak merisik, then bertunang, then get married, hmm, semua alasan. macam bercinta, semua sweet talker, selepas break, musuh macam kucing dengan anjing. 
  • kesetiaan menguji pasangan masing-masing. 
  • takde masa nak layan, tak akan 24 jam nak sms sms sms, takde kerje lain ke apa? ( haa, itu diri aku sebenarnya. hahahaha. aku memang tak suka sms selalu. takde modal ayat ok ! )
selebihnya, itu kena ada pada diri anda masing-masing. anda tuan punya badan, tepuk dada, tanya selera. hahaha. anda sendiri harus memikir adalah baik atau tidak untuk menjalankan hubungan yang tidak sah di mata Allah semasa anda sedang belajar? kita manusia, ada akal, ada tujuan untuk hidup. kenapa nak memikirkan benda yang belum tentu terjadi? kan?

kita merancang, tapi Allah yang tentukan.
jodoh, kematian, semua ada pada tangan Allah. 

kita sebagai hamba kena berdoalah agar dapat jodoh yang baik, yang seiring dengan kita. tak perlu kita nak tangisi zaman muda kita kes benda macam nilah, putus cinta, nages, putus cinta, nages. erkks,

aku penah alami tu semua. aku tak cakap dekat orang. memang bongok sangat bila kenangan itu berlayar di minda semula. 

memang malu
memang kelakar. 

tapiiiiii..... masa silam mematangkan kita ok. 
masa silam jugak menjadi pendoman kepada kita. takyah nak malu-malu laaa. lumrah kehidupan, macam itulah. 

so, pada umur yang sebaya macam aku maybe, teruskan kehidupan anda. jangan sebab cinta terputus di tengah jalan ( hehehe ) anda menangis bagai nak rak, jangan, jangan. 

kasihanilah ibu bapa anda, 
kasihanilah diri anda sendiri. ok babe. 



p/s : minta maaf kalau entry ni menyentuh sanubari sesetengah pihak, ini pendapat saya, jangan amek serius sangat ok ! selamat membaca, Assalamualaikum :)

No comments:

2017

hello my followers! long time not see, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan di lindungi oleh Allah SWT. Amin :)