Saturday, 27 April 2013

Selamat Hari Tua awakk :)

Assalamualaikum :)

 Hari nie saya nak post pasal bufday seseorang. Saya mengagahi jugak jari saya untuk menaip waima kepala saya terase pening sangat-sangat. Tapi demi dia, tapela, saya post jugak sebab dia jugak salah satu sahabat saya di sekolah. Dia rapat jugak dengan saya. Mase bufday saya, dia ade jugak post pasal saya. Urmm, terima kasih ye wak. Adiahhh ??? Urmm, adiah dia saya tak cari lagi. Idk la nak cari present ape ke dia. Bende yang saya nak bagi ke dia, semua orang dah bagi. So, idk la. Lagipun kakak saya tak balik lagi, so susah sket nak cari adiah nie. Saya tak reti nak bagi adiah macam mane dekat orang, selalu jugak saya gunakan khidmat seseorang untuk mencari adiah yang sesuai.  Hehehe~ so bad la kan.

 Untuk najihan nizam, selamat hari tua ye awakk. Saya mitak maaf sebab lambat post. Buzy and takde idea. Hahahahaha. Walaubagaimanapun, saya nak awak tahu, yang lambat atau lewat, saya tetap akan post jugak entry pasal awak. Saya mitak maaf kalau selama kita berkawan, saya selalu buat awak sakit hati. Saya memang keras kepala. Semua orang cakap macam tu. So, saya harap awak bersabar lah erkk dengan perangai saya nie ehh? Hihihihi^^ lepas tu, saya nak mitak maaf jugak kalau saya ade buat salah dekat awak. Maybe saya penah mengumpat pasal awak ke? Hehehehehehehe. ampunkan sayaaaaaaaaaaaaaaaa geee !!!! hahahahaha.

 Semoge awak panjang umur dan bahagia selalu disamping keluarga yang tersayang. Semoge awak mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Gud luck sayang :*. Last but not list, ini ada sedikit gambar + kenangan saya bersama kawan saya, najihan nizam.

Najihan nizam pakai cermin mata.


najihan nizam berbaju pink tu.


najihan nizam pandu puteri.



kami bersame :)

Yang tinggi lampai, manis bergaya tu dia laa tu. Hehehehe~ ok, terima kasih kerana sudi bace entry saya. Las minute so ayat serabai sket. Hehehe~ Wassalam.

Thursday, 25 April 2013

Ingat mati menguatkan jiwa.

Assalamualaikum.
  Semoge semua readers saye sihat walafiat belaka. Actually, hari nie saye nak update entry tentang  'Ingat mati menguatkan jiwa'. Saye nak share kisah ini dekat korang sebab memandangkan sekarang ramai orang terutamanye dalam kalangan anak-anak muda yang takut untuk mengingati pasal hari kematian. Sebab apa?? Salah satu sebabnya, imam kita terlalu sedikit, dan hati kita mudah getar dan tidak mahu langsung mengingati hal ini sedangkan ingat mati boleh membuatkan kita lebih ingat akan ALLAH. Info ini saya ambil daripada surat khabar, dan saye rase, tak salah kalau saye kongsi pasal keagamaan. Harap korang bace dengan penuh keberkataan. Amin..

  Sesetengah orang menyangka ingat mati akan melemahkan semangat. Mereka membayangkan jika seseorang mengingati mati, ia tidak lagi ghairah untuk bekerja, menuntut ilmu dan membangun negeri. Sangkaan anggapan seumpama itu tentu sahaja salah. Mengingati mati adalah satu galakan daripada Rasullulah SAW kepada umat islam. Matlamatnya bukan untuk melemahkan semangat, malah makin menguatkan keinginan untuk hidup.
 
  Terbukti, generasi umat islam yang paling aktif bekerja dan menggunakan masa dengan berkesan adalah para sahabat dan salaf soleh. Mereka berjaya menakluk dunia., membangun tamadun dan mengembangkan dakwah dalam masa yang sangat singkat. Semua itu kerana berpegang kepada pesanan Nabi SAW agar selalau mengingati kematian. Rasulullah SAW bersabda : "Perbanyakkanlah mengingat pengahncur semua kelazatan, iaitu maut." ( riwayat a;-tarmizi) 

Kesan ingat mati  :

- ingat mati membuatkan kita lebih menghargai hidup. Kita akan merasa bersyukur setiap kali bangun di pagi hari kerana masih berpeluang untuk menanbah akaun pahal kita. Kita juga bersyukur masih diberikan kesempatan untuk meminta ampun atas dodsa-dosa dan kesalahan kita. Daripada Abu Hurairah : Suatu hari Rasulullah SAW sedang berlalu di atas sebuah kubur ( mayat ) yang baru dipendam. Baginda lalu bersabda : " Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih ia sukai oleh ahli kubur ini daripada dunai dan seisinya." ( ibnu al-mubarak dalam kitab al-zuhd )

-ingat mati mendorong kita untuk merancang dengan lebih baik. Kita menjadi lebih pandai untuk mempraktikkan asas keutamaan dalam hidup kita dan lebih pandai menundukkan hawa nafsu. Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang pandai adalah dia yang selalu mengawal nafsunya dan bekerja untuk kehidupan setelah mati." ( al-tarmizi) 

-ingat mati akan membuat hati kita hidup. Kita semakin bijak dalam menimbang dan mentafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di muka bumi ini secara positif. Minda kita terbuka kepada perkara-perkara yang lebih penting dalam hidup, lalu berusaha untuk meraihnya.

  Rasulullah SAW bersabda : " Tiga perkara yang akan mengiring jenazah ke kubur iaitu : hartanya, keluarganya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan meninggalkannya dan yang tinggal hanyalah amalannya. ( riwayat al-bukhari )
 Sungguh beruntung orang yang selalu ingat kematian dan beramal agar mendapat kehidupan yang lebih baik di akhirat nanti. Wallahu a'lam

*sebarang kemusyikilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadnoor . Wassalam

Saturday, 20 April 2013

Apa maksud 'BESTIE' ?

Assalamualaikum :D

  Selamat malam korang. Semoge semua readers saya dalam keadaan baik-baik belake. Malam nie hati saya terbuka cket nak updated entry. Tu pun last minute baru nak post. Nevermindlah kan? Belog saya telah dikuasai oleh habuk ! Ohhmenn~ lame sangat dah saya tak update. Rindu tu ade, tapi idea tadak~ hahaha. Kalau jalan cerita tak menarik, takut peminat saya lari pulakkk. Hahahahaha. Masalahnye sekarang, saya ade peminat ke?? Hahahahaha--'

 Oklah, i'll continue my story. Actually malam nie saya nak bincang isu BESTIE. What mean of bestie? Bestie sebenarnye, singkatan kepade BEST FREIND. Yea, kawan baik. Korang ade kawan baik? Ofcourse semuanye ade kan? Bagusla kalau korang ade. Dulu mase saya start persekolahan. I mean, mase saya pra sekolah, saya tak kenal siapa kawan baik saya. Hehehe. Mase tu saya berkawan dengan semua orang. Bagi saya, semua orang kawan baik saya. Hahahaha. Tapi itu mase saya tak mactured lagi laa. Tak matang. Ish ish ish.

 Tapi bile masuk je darjah 1, kawan bertambah. Walaupun ade kawan ramai, tetapi bergaduh itu menjadi lumrah kehidupan dah kan? Ade orang dengki, ade orang hasut sane sini. Ada orang yang jenis menyakitkan hati. Urmm, macam-macam jenis kawan yang saya kenal tawww. Hahahahahaha~ Tapikan, bile dah sampai jea umur, kawan baik ade 2 3 orang. Tapi itulah, ade misunderstanding kan, jadi tak best. Naik sekolah menengah, kawan macam biasa. Bile orang baik dengan saya, saya anggap dia kawan baik saya. Bile dia jahat dengan saya, automatik blacklist terusss. Hahahahaha. Jahattt. Yes, i know that i bad. Tak salah kalau kite memilih kawan. Kawan ibaratkan teman kite mengadu, susah senang kite bersame. Bukan mase senang ade 24 jam jee dan mase susah, batang hidung pun tak nampak !!!! Subhanallah. Kawan saya semua baik-baik. Hehehehe.

 Sampai sekarang, saya ada ramai kawan, tapi, kalau nak cari yang betul-betul kawan baik tu, susahlah. Kadang-kadang, rase nak nages bile kawan tak hiraukan kite. Tapi, takpe, kawan di alam persekolahan memang macam tu. Jadi kite kene kuat, tabah, dan sabar. Tambah-tambah macam saya, saya 16 tahun sekarang, jadi ade setahun lagi untuk meneruskan tittle sebagai BUDAK SEKOLAH. Hahahaha~ jadi mase inilah saya kene struggled dengan maksima untuk mencapai cita-cita saya. Pasal kawan, saya cuba untuk tolak tepi dahulu. Saya nak teruskan mencapai apa yang saya nak dan yang terbaik untuk diri saya. Kalau kite 24 jam fikir pasal kawan, tak gune jugak sebab kawan bukan penentu segala-galanya. Kawan mudah dapat dan mudah pergi. Ayat itu yang saya percaya sampai sekarang. Hehehe~

  Ciri-ciri kawan baik  :
- Selalu ada tika susah dan senang.
- Selalu menitik-beratkan kawan anda.
- Memahami hati mereka.
- Cuba berdepan tika mempunyai masalah.
- Selalu mendoakan kesejahtereraan kawan baik anda.
- Seeloknya, jangan menengking kawan baik anda tika dia dalam keadaan badmood malah, beri dia kata-kata atau semangat untuk meluahkan apa yang dia rase khuatir atau ape yang menyebabkan dia gusar.
- Terima seadanya kawan baik anda, jangan mengungkit.
- Apa yang penting, jangan ada hisap dengki sesama kawan. Pilihlah kawan yang mengikut ajaran islam, insyaallah, hidup kita akan terus-terusan dibimbing oleh dia dan apa yang patut kite lakukan, doalah kepada ALLAH agar persahabatan kite menjadi kekal dan diredhai oleh ALLAH.

P/S : Ada banyak lagi maksudnya, tapi untuk malam ini, cukup setakat itu lah saya rasakan? Hehehe *TakdeIdeaSebenarnye.Hahahahahahahahahahahahaahhaha*

 Alhamdullilah, itu sahaja yang saya tahu. Actually, maksud kawan baik itu, saya ambil cket-cket sumber dari internet. Dan yang selebihnya, saya reka sendiri. Hahahahahahahahaha. Lawak sungguh. Semoge persahabatan kite kekal ya? Amin amin amin. Wassalam

2017

hello my followers! long time not see, semoga berada dalam keadaan yang sihat dan di lindungi oleh Allah SWT. Amin :)